MALAYSIA
KTMB tamat operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan mulai 1 Jan 2026
Operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Jan ini selepas sembilan tahun berkhidmat. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Jan ini, setelah sembilan tahun pengoperasiannya dan berkhidmat kepada penumpang di sektor selatan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penamatan itu melibatkan enam perkhidmatan Ekspres Selatan yang kini beroperasi iaitu No 41, 42, 43, 44, 45 dan 46, sebagai sebahagian daripada penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi perkhidmatan penumpang di jajaran selatan, sejajar dengan kemajuan serta kesiapsiagaan infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
"Langkah ini juga bertujuan memastikan kesinambungan perkhidmatan yang lebih cekap, bersepadu dan berfokus kepada pengalaman perjalanan penumpang," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, KTMB memaklumkan keperluan perjalanan penumpang di sektor selatan akan terus diperkukuh melalui pengoperasian penuh perkhidmatan tren elektrik (ETS) hingga ke JB Sentral dengan lapan perkhidmatan sehari mulai 1 Jan ini.
"Dengan lengkapnya perkhidmatan ETS ini, penumpang kini menikmati perjalanan yang lebih moden, mesra pengguna dan mesra alam, di samping menawarkan masa perjalanan yang lebih efisien serta pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa," menurut KTMB.
Bagaimanapun, KTMB memaklumkan perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral akan terus beroperasi seperti biasa dan kekal sebagai pilihan perjalanan utama penumpang dari sektor selatan ke Pantai Timur, manakala perkhidmatan Shuttle Timuran turut disediakan sebagai alternatif perjalanan secara henti-henti bagi laluan Gemas-Tumpat.
Ketua Pegawai Teknikal merangkap pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penumpang dan pengguna setia Ekspres Selatan atas sokongan berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan itu beroperasi.
"Setiap perjalanan, kenangan dan nostalgia bersama Ekspres Selatan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja KTMB.
"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk terus memilih dan menyokong perkhidmatan KTMB sebagai pilihan pengangkutan awam yang selamat, selesa dan diyakini," katanya dalam kenyataan sama.
KTMB turut menasihati penumpang supaya membuat semakan jadual perjalanan terkini melalui saluran rasmi syarikat serta merancang perjalanan lebih awal melalui platform jualan tiket rasmi atau mendapatkan bantuan melalui Pusat Panggilan KTMB.
Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-9779 1200 atau merujuk makluman terkini melalui saluran media sosial rasmi KTMB.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Jan ini selepas sembilan tahun berkhidmat, demi penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi perkhidmatan penumpang di sektor selatan.
- KTMB akan mengukuhkan perjalanan penumpang di sektor selatan dengan pengoperasian penuh perkhidmatan tren elektrik (ETS) hingga ke JB Sentral dengan lapan perkhidmatan sehari mulai 1 Jan ini, menawarkan perjalanan moden, efisien, serta selamat.
- Walau bagaimanapun, perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral akan terus beroperasi sebagai alternatif perjalanan utama penumpang dari sektor selatan ke Pantai Timur, manakala perkhidmatan Shuttle Timuran turut disediakan sebagai opsyen perjalanan henti-henti bagi laluan Gemas-Tumpat.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penamatan itu melibatkan enam perkhidmatan Ekspres Selatan yang kini beroperasi iaitu No 41, 42, 43, 44, 45 dan 46, sebagai sebahagian daripada penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi perkhidmatan penumpang di jajaran selatan, sejajar dengan kemajuan serta kesiapsiagaan infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
"Langkah ini juga bertujuan memastikan kesinambungan perkhidmatan yang lebih cekap, bersepadu dan berfokus kepada pengalaman perjalanan penumpang," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, KTMB memaklumkan keperluan perjalanan penumpang di sektor selatan akan terus diperkukuh melalui pengoperasian penuh perkhidmatan tren elektrik (ETS) hingga ke JB Sentral dengan lapan perkhidmatan sehari mulai 1 Jan ini.
"Dengan lengkapnya perkhidmatan ETS ini, penumpang kini menikmati perjalanan yang lebih moden, mesra pengguna dan mesra alam, di samping menawarkan masa perjalanan yang lebih efisien serta pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa," menurut KTMB.
Bagaimanapun, KTMB memaklumkan perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral akan terus beroperasi seperti biasa dan kekal sebagai pilihan perjalanan utama penumpang dari sektor selatan ke Pantai Timur, manakala perkhidmatan Shuttle Timuran turut disediakan sebagai alternatif perjalanan secara henti-henti bagi laluan Gemas-Tumpat.
Ketua Pegawai Teknikal merangkap pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penumpang dan pengguna setia Ekspres Selatan atas sokongan berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan itu beroperasi.
"Setiap perjalanan, kenangan dan nostalgia bersama Ekspres Selatan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja KTMB.
"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk terus memilih dan menyokong perkhidmatan KTMB sebagai pilihan pengangkutan awam yang selamat, selesa dan diyakini," katanya dalam kenyataan sama.
KTMB turut menasihati penumpang supaya membuat semakan jadual perjalanan terkini melalui saluran rasmi syarikat serta merancang perjalanan lebih awal melalui platform jualan tiket rasmi atau mendapatkan bantuan melalui Pusat Panggilan KTMB.
Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-9779 1200 atau merujuk makluman terkini melalui saluran media sosial rasmi KTMB.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan?
A: Operasi perkhidmatan tersebut akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Januari ini sebagai sebahagian daripada penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi perkhidmatan penumpang di jajaran selatan. - Q: Apakah alternatif perkhidmatan yang akan disediakan bagi penumpang di sektor selatan?
A: Penumpang di sektor selatan akan dapat mengakses perkhidmatan tren elektrik (ETS) hingga ke JB Sentral dengan lapan perkhidmatan sehari mulai 1 Januari ini. - Q: Bagaimanakah kesan penamatan operasi Ekspres Selatan kepada pengalaman perjalanan penumpang?
A: Penamatan operasi Ekspres Selatan dijangka akan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih moden, efisien, selamat, dan selesa kepada penumpang di sektor selatan. - Q: Apakah perkhidmatan keretapi lain yang tetap beroperasi bagi penumpang dari sektor selatan ke Pantai Timur?
A: Perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral akan terus beroperasi, sementara perkhidmatan Shuttle Timuran turut disediakan sebagai alternatif perjalanan bagi laluan Gemas-Tumpat. - Q: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan keretapi KTMB?
A: Orang ramai boleh membuat semakan jadual perjalanan terkini melalui saluran rasmi syarikat, merancang perjalanan melalui platform jualan tiket rasmi, atau mendapatkan bantuan melalui Pusat Panggilan KTMB.