awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama ASEAN-China perkukuh keamanan, kemakmuran serantau - Kao Kim Hourn
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB tawar lebih 900,000 tiket balik raya

Bernama
Bernama
09/03/2020
20:56 MYT
KTMB tawar lebih 900,000 tiket balik raya
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan lebih 900,000 tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang bakal disambut Mei ini. - Bernama
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan lebih 900,000 tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang bakal disambut Mei ini.
Ketua Strategik Komunikasi KTMB, Ahmad 'Asri Khalbi berkata penjualan tiket melibatkan perkhidmatan KTM Antarabandar (Intercity) dan kereta api elektrik (ETS) bagi perjalanan antara 1 April hingga 31 Mei ini, telah mula dijual Khamis lalu.
Beliau berkata sebanyak 798,368 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan ETS, melibatkan laluan Gemas, Kuala Lumpur, Ipoh, Padang Besar dan Butterworth manakala 141,032 tiket lagi bagi perjalanan antara Tumpat, Gemas dan Johor Bahru.
BACA: Tiket balik raya KTMB sudah mula dijual
"Pembukaan jualan tiket itu dilakukan serentak di semua stesen bagi perjalanan ke pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia pada 5 Mac. Ia juga dibuka lebih awal kerana mengambil kira waktu cuti sekolah yang jatuh pada musim perayaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad 'Asri berkata orang ramai boleh mendapatkan tiket lebih awal sama ada di kaunter stesen atau di laman sesawang rasmi KTMB atau aplikasi MobTicket.
Maklumat lanjut dan jadual perkhidmatan tren boleh didapati di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#balik raya
#cuti sekolah
#Hari Raya Aidilfitri
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#KTMB
#musim perayaan
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan