MALAYSIA
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Anthony (lima, kiri) pada pelancaran Perkhidmatan Pengangkutan Awam Istimewa Sempena Perayaan 2026 di KL Sentral pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambang percuma selama dua hari kepada semua pengguna KTM Komuter Lembah Klang sempena perayaan Thaipusam, pada 31 Januari dan 1 Februari depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang komuter KTM Lembah Klang itu melibatkan anggaran kos hampir RM1 juta.
Jelasnya, langkah itu diambil bagi memberi nilai tambah kepada sambutan Thaipusam, khususnya buat penganut agama Hindu.
"Tambang percuma tersebut akan berkuat kuasa dari jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam, dengan penumpang hanya perlu membuat imbasan keluar (check out) melalui pintu automatik (ACG).
"Sepanjang tempoh dua hari itu, perkhidmatan komuter dijangka beroperasi pada kapasiti maksimum, dengan anggaran sehingga 450,000 penumpang menggunakan tren, terutamanya bagi perjalanan ulang-alik ke Batu Caves," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis Perkhidmatan Pengangkutan Awam Istimewa Sempena Perayaan 2026 di KL Sentral pada Selasa.
Selain tambang percuma, Anthony turut memaklumkan bahawa perkhidmatan tambahan KTM Komuter akan disediakan dan beroperasi 24 jam selama empat hari, bermula 30 Januari hingga 2 Februari sempena perayaan itu.
"Sebanyak 216 perjalanan tambahan akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan 609 perjalanan sepanjang sambutan Thaipusam kali ini.
"Perkhidmatan tren tambahan ini akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari, dengan waktu perkhidmatan seawal jam 9.15 malam bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves, dan seawal jam 10.25 malam bagi tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves.
"Bagi pengguna dari KL Sentral pula, perkhidmatan tren tambahan ke Stesen Batu Caves akan diselang di antara perkhidmatan sedia ada bermula dari jam 7.32 pagi, menjadikan kekerapan lebih baik iaitu setiap 30 minit," katanya.
Selain itu, beliau berkata bagi mengelakkan kesesakan, para pengguna boleh menaiki perkhidmatan LRT atau MRT dan membuat pertukaran di sembilan stesen untuk ke Batu Caves iaitu di KL Sentral, Kuala Lumpur, Putra, Bank Negara, Subang Jaya, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Kg. Batu dan Sungai Buloh.
Selain itu, KTM akan melakakukan penambahbaikan aturan keluar masuk penumpang, susun atur bahagian menunggu, termasuk menempatkan seramai 250 kakitangan yang bertugas sepanjang tempoh operasi tren tambahan ini.
Dalam pada itu, Anthony berkata bagi aspek keselamatan, anggota polis bantuan turut ditugaskan bersama kakitangan operasi, jurutera, dan kakitangan teknikal bagi memastikan keadaan set-set tren adalah optimum dan selamat untuk perjalanan.
KTMB turut mendapatkan sokongan pasukan perubatan daripada Hospital Selayang serta St. John Ambulance, yang akan bersiap sedia di Stesen Batu Caves bagi memberikan bantuan kecemasan dengan segera sekiranya diperlukan, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna.