awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB tetap komited perluas perkhidmatan ETS ke Johor

Bernama
Bernama
03/08/2025
08:10 MYT
KTMB tetap komited perluas perkhidmatan ETS ke Johor
Menurut KTMB, kemajuan bagi segmen seterusnya sedang berjalan dengan ujian percubaan kini dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang bekerjasama dengan kontraktor dan pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakan protokol pentauliahan, untuk memastikan laluan seterusnya perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke Kluang dapat beroperasi secepat mungkin.

Ringkasan AI
  • KTMB sedang melaksanakan protokol pentauliahan bersama kontraktor dan pihak berkuasa bagi memastikan perkhidmatan ETS ke Kluang dapat dimulakan secepat mungkin.
  • Peluasan perkhidmatan ETS ke selatan akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan Segamat, Kluang dan Johor Bahru, tertakluk kepada penanda aras teknikal dan kelulusan kawal selia.
  • Perkhidmatan ETS ke Segamat telah beroperasi sejak Mac, memberi manfaat kepada penumpang dan ekonomi setempat, dengan KTMB kekal komited terhadap peluasan ke selatan.

Menurut kenyataan KTMB, kemajuan bagi segmen seterusnya sedang berjalan dengan ujian percubaan kini dilaksanakan.
"Seperti diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke semasa peluasan ETS ke Segamat sebelum ini, operasi perkhidmatan ETS di sektor selatan akan dilaksanakan secara berfasa (Segamat, Kluang dan Johor Bahru (JB) Sentral) tertakluk kepada beberapa penanda aras teknikal kritikal dan kelulusan kawal selia.
"Tanggungjawab utama KTMB adalah untuk memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kesiapsiagaan sebelum membuka sebarang segmen baharu kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
KTMB turut memaklumkan bahawa perkhidmatan ETS ke Segamat telah berjaya beroperasi sejak Mac tahun ini, sekali gus menawarkan pilihan perjalanan lebih baik serta merangsang aktiviti ekonomi setempat.
"KTMB merakamkan penghargaan kepada semua penumpang, pemegang taruh tempatan dan orang ramai atas kesabaran serta sokongan berterusan. Kami kekal komited untuk menjayakan peluasan perkhidmatan ETS ke selatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ETS
#KTMB
#Johor
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan