MALAYSIA
KTMB tetap komited perluas perkhidmatan ETS ke Johor
Menurut KTMB, kemajuan bagi segmen seterusnya sedang berjalan dengan ujian percubaan kini dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang bekerjasama dengan kontraktor dan pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakan protokol pentauliahan, untuk memastikan laluan seterusnya perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke Kluang dapat beroperasi secepat mungkin.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan KTMB, kemajuan bagi segmen seterusnya sedang berjalan dengan ujian percubaan kini dilaksanakan.
"Seperti diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke semasa peluasan ETS ke Segamat sebelum ini, operasi perkhidmatan ETS di sektor selatan akan dilaksanakan secara berfasa (Segamat, Kluang dan Johor Bahru (JB) Sentral) tertakluk kepada beberapa penanda aras teknikal kritikal dan kelulusan kawal selia.
"Tanggungjawab utama KTMB adalah untuk memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kesiapsiagaan sebelum membuka sebarang segmen baharu kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
KTMB turut memaklumkan bahawa perkhidmatan ETS ke Segamat telah berjaya beroperasi sejak Mac tahun ini, sekali gus menawarkan pilihan perjalanan lebih baik serta merangsang aktiviti ekonomi setempat.
"KTMB merakamkan penghargaan kepada semua penumpang, pemegang taruh tempatan dan orang ramai atas kesabaran serta sokongan berterusan. Kami kekal komited untuk menjayakan peluasan perkhidmatan ETS ke selatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KTMB sedang melaksanakan protokol pentauliahan bersama kontraktor dan pihak berkuasa bagi memastikan perkhidmatan ETS ke Kluang dapat dimulakan secepat mungkin.
- Peluasan perkhidmatan ETS ke selatan akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan Segamat, Kluang dan Johor Bahru, tertakluk kepada penanda aras teknikal dan kelulusan kawal selia.
- Perkhidmatan ETS ke Segamat telah beroperasi sejak Mac, memberi manfaat kepada penumpang dan ekonomi setempat, dengan KTMB kekal komited terhadap peluasan ke selatan.