Kedudukan tersebut mengalami penurunan empat anak tangga dari kedudukan keenam pada tahun 2015/2016.

Senarai yang dikeluarkan oleh fDi Intelligence, sebahagian daripada Financial Times, menganalisis 163 lokasi dan dinilai mengikut lima kategori, iaitu potensi ekonomi; mesra perniagaan; modal insan dan gaya hidup; keberkesanan perbelanjaan; serta perhubungan.
Singapura pula mengekalkan kedudukan teratas dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015/2016 atas faktor industri perkhidmatan yang maju.
Faktor keupayaan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan nombor yang tertinggi berbanding daripada bandar-bandar di sekitar rantau Asia-Pasifik turut menyumbang kedudukan Singapura di tangga teratas.
Singapura juga mencatatkan pengangguran yang agak rendah iaitu sebanyak 2.1 peratus dan mempunyai Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) per kapita yang lebih tinggi daripada USD 87,000 pada pariti kuasa beli.