awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti guru program pengambilan 'one-off' dijamin melalui proses saringan terperinci

Israr Khalid
Israr Khalid
22/06/2021
23:20 MYT
Kualiti guru program pengambilan 'one-off' dijamin melalui proses saringan terperinci
Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran hari ini khususnya dalam aspek teknologi digital. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Saringan terperinci terhadap semua calon program pengambilan khas guru secara ‘one-off’ yang diumum Kementerian Pendidikan baru-baru ini akan memastikan kualiti mereka yang terpilih tidak dikompromi.
Setiap daripada mereka mestilah menepati kriteria dan standard yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk memastikan tenaga pengajar yang datang dari program itu tidak diambil secara sambil lewa hanya semata-mata untuk mengisi kekosongan.
Kata Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Rusmini Ku Ahmad, setiap calon diwajibkan lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) termasuk mereka yang bukan berlatarbelakangkan pengajian pendidikan dan perguruan.
“UKCG merupakan ujian psikometrik yang mengandungi dua bahagian, satu adalah inventori berkaitan dengan sahsiah perguruan, dan kedua adalah indeks pengesanan kendiri.
“Seseorang bakal guru itu perlu menjalani latihan yang sewajarnya bagi memperoleh pengetahuan, kaedah pengajaran atau pedagogi, etika keguruan dan kemahiran yang diperlukan masa ini khususnya dalam aspek teknologi digital,” katanya
Untuk menjamin guru yang diambil dari kalangan bukan graduan pendidikan dan perguruan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, mereka wajib mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan selama tiga semester.
Minggu lepas, Kementerian Pendidikan mengumumkan akan mengambil 18,702 guru baharu secara ‘one-off’ untuk mengisi kekurangan guru bagi mengajar subjek-subjek kritikal di sekolah rendah dan juga menengah.
Terbuka kepada semua pemegang ijazah tidak kira berkaitan pendidikan dan perguruan atau tidak, sesiapa yang berminat boeh mendaftarkan diri secara atas talian yang akan dibuka pada 7 Julai nanti untuk penempatan pada Oktober nanti.
Tonton temu bual penuh Rusmini dalam Agenda AWANI bersama hos, Nazri Kahar, di sini:
Agenda AWANI: Pengambilan khas guru KPM secara 'one-off'
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#IPGM
#pengambilan guru
#pengambilan khas guru
#one-off
#IPG
#Institut Pendidikan Guru
#UKCG
#ujian psikometrik
#Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan
#Rusmini Ku Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan