NIBONG TEBAL: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini menunjukkan tahap sederhana hari ini berbanding tidak sihat, semalam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, IPU tidak sihat di kawasan itu semalam bukan sahaja disebabkan habuk dari kebakaran malah daripada penggunaan tanah untuk menimbus kawasan terbakar dan pergerakan lori keluar masuk ke kawasan tersebut.
"Bacaan IPU di stesen sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram hari ini mendapati kualiti udara berada di tahap sederhana namun masih tinggi berbanding empat stesen IPU lain di Pulau Pinang.
"Ia bukan hanya disebabkan kebakaran sahaja namun habuk tanah di situ pun boleh menyumbang kepada bacaan IPU sebab parameter dominan yang dicerap oleh stesen adalah PM2.5 (habuk halus)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 6 petang, SJKT Ladang Byram merekodkan bacaan 88 manakala empat stesen lagi turut mencatatkan sederhana iaitu Seberang Jaya (81) dan Seberang Perai (70) di bahagian tanah besar manakala Minden (70) dan Balik Pulau (64) di kawasan pulau.
Sharifah Zakiah berkata empat stesen utama yang mengukur bacaan IPU di Pulau Pinang sejak beberapa hari lepas turut didapati mengalami peningkatan dari segi bacaan dan kualiti udara dipercayai didorong pengaruh luar.
"Peningkatan bacaan IPU itu bukan sahaja disebabkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung namun juga berpunca daripada jerebu merentas sempadan berikutan kebakaran hutan di Kemboja ketika ini," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati jerebu sederhana mula dilihat melanda Pulau Pinang apabila beberapa kawasan terutama di Seberang Jaya berada dengan jarak penglihatan yang agak terhad.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata pemadaman di sektor 3 tapak pelupusan sampah itu hampir selesai dan ketika ini usaha sedang giat dilakukan bagi memadam serta menambak tanah di sektor terakhir iaitu sektor 5.
"Ketika ini kira-kira 25 peratus daripada lebih 11 hektar kawasan kebakaran masih terbakar," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 30 2022
IPU tidak sihat di kawasan itu semalam bukan sahaja disebabkan habuk dari kebakaran malah daripada penggunaan tanah untuk menimbus kawasan terbakar dan pergerakan lori keluar masuk ke kawasan tersebut. - Gambar fail/ Bernama
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor bersama dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
Tapak pelupusan sampah Lubok Jong terbakar
Tapak pelupusan sampah seluas 0.2 hektar di Lubok Jong, Pasir Mas terbakar pada Ahad malam.
Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan
Polis menerima aduan berhubung penemuan bom tangan itu pada jam 1.30 petang Isnin.
Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Bandung masih belum terpadam
Kebakaran yang melanda tapak pelupusan sampah di Sarimukti, Cipatat, daerah Bandung Barat sejak Sabtu lalu dilaporkan masih belum dapat dipadam sepenuhnya.