Kuarantin wajib di pusat kuarantin mulai Jumaat, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Julai 21, 2020 06:25 MYT
PDRM menahan 80 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. - Foto BERNAMA
Kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula proses kuarantin wajib 14 hari bagi semua pihak yang pulang dari luar negara bermula Jumaat ini.
Berikut merupakan lima perkara penting yang anda perlu tahu perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah memasuki hari ke-40 menerusi sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. Kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula proses kuarantin wajib 14 hari kepada warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara bermula Jumaat ini.
2. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 80 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
3. Kerajaan melalui KPKT dan PBT akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas kelab-kelab malam dan pusat hiburan.
4. PDRM menahan 14 warganegara asing di sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan Imigresen.
5. Mesyuarat Khas bersetuju pelancong kesihatan dibenarkan memasuki negara menggunakan pesawat komersial bagi mendapatkan rawatan.
#COVID-19 #Imigresen #ismail sabri yaakob #koronavirus #Malaysia #Media #menteri #pelancong #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #Polis Diraja Malaysia #rakyat Malaysia #warga asing