MALAYSIA
Kuari bijih timah haram: 27 ditahan, rampasan bernilai RM28.73 juta
Rampasan melibatkan 4.5 tan bijih timah, 60 beg jumbo bahan mineral kasar, mesin pemprosesan dan jentera kuari. - Foto PGA
IPOH: Sebanyak 27 individu ditahan kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah tanpa permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa di Kampar, melibatkan anggaran nilai rampasan berjumlah RM28.73 juta, semalam.
Ringkasan AI
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata mereka berusia antara 19 hingga 76 tahun terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, wanita tempatan (seorang), lelaki warga China (10 orang), lelaki Bangladesh (lapan orang) dan seorang lelaki Nepal.
"Siasatan mendapati kegiatan itu berlaku sejak Julai 2024. Mereka ditahan termasuk seorang pengurus tapak kuari warga China dan pemeriksaan mendapati kesemua warga asing yang bekerja itu melanggar syarat dengan menggunakan pas pelawat untuk ke negara ini
"Rampasan pula melibatkan bijih timah dengan anggaran berat 4.5 tan, 60 beg jumbo berisi bahan mineral kasar dianggarkan 30 tan, pelbagai mesin memproses bijih timah dan jentera digunakan untuk kerja di kuari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrum berkata serbuan dilakukan Cawangan Risik Briged Utara, PGA Ulu Kinta dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak menerusi Op Bersepadu Khazanah.
Beliau berkata siasatan bagi kesalahan perlombongan bijih timah secara haram dibuat mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Enakmen Mineral Perak 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan terhadap pekerja asing terlibat dibuat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat tinggal di Malaysia dan Seksyen 39B akta sama kerana melanggar syarat pas atau permit.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 27 individu ditahan kerana melombong bijih timah tanpa permit di Kampar, termasuk warga tempatan dan warga asing dari China, Bangladesh dan Nepal; kegiatan haram ini dipercayai bermula sejak Julai 2024.
- Rampasan bernilai RM28.73 juta melibatkan 4.5 tan bijih timah, 60 beg jumbo bahan mineral kasar, mesin pemprosesan dan jentera kuari; seorang pengurus tapak warga China turut ditahan.
- Kes disiasat di bawah Kanun Tanah Negara dan Enakmen Mineral Perak 2003, dengan hukuman maksimum RM50,000 denda atau penjara lima tahun; pekerja asing disiasat di bawah Akta Imigresen kerana melanggar syarat pas.