awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuari mengorek pasir di Sungai Kulim dijalankan secara sah - MB

Bernama
Bernama
17/03/2022
00:00 MYT
Kuari mengorek pasir di Sungai Kulim dijalankan secara sah - MB
Muhammad Sanusi berkata, runtuhan tebing sungai yang berlaku adalah di luar kawasan yang diluluskan untuk proses mengeluarkan pasir ketika ini. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Aktiviti mengorek pasir di sebuah kuari di Sungai Kulim dekat Kulim dijalankan secara sah dan telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pengusaha kuari berkenaan telah diberikan kelulusan untuk proses mengeluarkan pasir dan meluruskan sungai sepanjang 300 meter di kawasan itu pada 20 Jan lepas.
"Saya telah terima laporan mengenai kes kecurian pasir di kawasan berkenaan dan saya ingin tegaskan bahawa kuari itu beroperasi secara sah. Surat kelulusan ini telah dikeluarkan kepada pengusaha pada 20 Jan tahun ini.
"Pemerhatian Pejabat Tanah dan Galian negeri mendapati keadaan sungai menjadi cetek dan beting endapan pasir di tengah sungai. Akibat endapan ini, aliran sungai menjadi berliku dan menerjah di tebing sungai yang curam dan tinggi, menyebabkan tebing sungai runtuh," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai kegiatan sebuah kuari yang melakukan aktiviti mengorek pasir yang didakwa menyebabkan hakisan dan runtuhan tebing sungai yang serius di Sungai Kulim, Kulim sejak lebih tiga tahun lepas.
Muhammad Sanusi berkata runtuhan tebing sungai yang berlaku itu adalah di luar kawasan yang diluluskan untuk proses mengeluarkan pasir ketika ini dan ia adalah tanah simpanan sungai dan bukan tanah individu.
"Hasil pemerhatian, kesan runtuhan itu adalah runtuhan lama yang berlaku sebelum kelulusan diberikan kepada pengusaha sekarang," katanya.
Menurut beliau lagi, pengusaha kuari juga bersetuju untuk membaiki tebing sungai dan mengubah aliran air sekiranya pihak kerajaan memberikan kebenaran membuang beting pasir tersebut dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah bersetuju untuk membuat penjajaran semula air sungai berkenaan.
Katanya, dakwaan mengenai kegiatan kuari haram dan kecurian pasir di kawasan itu seperti yang ditularkan di media sosial sebelum ini adalah tidak benar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#aktiviti mengorek pasir
#runtuhan tebing sungai
#kuari di Sungai Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan