IPOH: Pasukan penyelamat yang menjalankan operasi di kawasan runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands mengenal pasti satu lokasi yang dipercayai dua mangsa tertimbus.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, ia dikenal pasti hasil perbincangan bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.
Katanya, pihak syarikat kuari mencadangkan untuk menggerudi (drill) tempat berkenaan yang berkeluasan sekitar 3 meter X 3 meter dengan kedalaman kira-kira 11 meter.
“Kerja-kerja itu akan dipantau sepenuhnya oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, kerja-kerja pembersihan dan membuka laluan hingga ke bahagian belakang runtuhan akan diteruskan.
Katanya, memasuki hari ke-12, operasi pencarian diteruskan dengan membuat pemantauan keselamatan bagi kerja-kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari.
Menurut jurucakap itu lagi, hari ini, dua buah jentera jengkaut digunakan untuk penugasan, dengan 62 anggota dari pelbagai agensi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi Selasa minggu lalu, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus apabila runtuhan kuari terjadi.
Mangsa yang dipercayai masih tertimbus dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49 tahun, dan Itam Lasoh, 43 tahun.
Dua lagi, Mohd Razli Suhaimi, 35 tahun, mengalami patah kaki dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan manakala rakannya Pan Bah Tam, 38 tahun, mengalami cedera ringan.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 19 2022
Memasuki hari ke-12, operasi pencarian diteruskan dengan membuat pemantauan keselamatan bagi kerja-kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari. - Foto ihsan JBPM
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan.
Jengkaut terbalik, dua pekerja warga Bangladesh maut
Kedua-dua lelaki yang berumur antara 30 dan 40-an itu disahkan maut di lokasi kejadian.
Tiada lesen, kelulusan baharu dikeluarkan untuk aktiviti kuari di Hutan Simpan Gunung Raya
Kerajaan negeri Kedah hari ini menafikan telah mengeluarkan sebarang lesen atau kelulusan baharu untuk aktiviti pengkuarian, pengeluaran pasir darat dan pembalakan di Hutan Simpan Gunung Raya (HSGR).
Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.
Runtuhan batu kuari: Masih berlaku pergerakan tanah, runtuhan kecil
Kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, dihentikan sementara.
Runtuhan batu kuari: Bomba pasang alat mengesan pergerakan tanah
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi Selasa, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus.
JAS P. Pinang arah kuari henti operasi serta-merta, pemaju, kontraktor akan didakwa
Arahan tersebut dikeluarkan selepas siasatan mendapati pemaju melanggar peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Remaja maut dipanah petir
Kejadian malang yang menimpa remaja itu sempat dirakam oleh rakannya dan kemudian tular di media sosial.