MALAYSIA
Kuasa pengampunan bukan hadiah politik, simpati peribadi - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai hadiah politik atau simpati peribadi. - Foto Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai hadiah politik atau simpati peribadi.
Ringkasan AI
Sebaliknya, Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa kuasa pengampunan itu ialah mekanisme perlembagaan yang sah dan berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum.
"Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan wajar dinilai dengan emosi dan jiwa yang tenang, bukannya dengan sentimen berlebihan atau kepala yang dingin," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini.
Baginda bertitah sebarang pengurangan hukuman tidak sesekali memadamkan sabitan mahkamah, menghapuskan rekod kesalahan atau membatalkan prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas pentadbiran negara.
"Pengampunan dan pengurangan hukuman ini juga bukan eksklusif kepada satu nama, satu parti atau satu kedudukan. Setiap tahun, ratusan banduan penjara daripada pelbagai latar belakang, termasuk kes jenayah berat dan ringan, menerima pengurangan hukuman atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu," titah baginda.
Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-120 di Hotel Grand Darul Makmur, di sini hari ini.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah keputusan berkenaan tidak dibuat secara unilateral, sebaliknya diputuskan melalui musyawarah Lembaga Pengampunan yang dianggotai wakil institusi utama negara atau negeri, sekali gus mencerminkan proses semak dan imbang yang berlapis.
Baginda bertitah bahawa dalam tradisi Raja Berperlembagaan, raja bukan alat sentimen awam dan tidak tunduk pada tekanan politik, sebaliknya berperanan sebagai payung keadilan yang menenangkan ketika emosi memuncak serta mengimbangi keadaan apabila suara lantang cuba memonopoli kebenaran.
"Kuasa pengampunan tidak harus ditafsir sebagai kelemahan sistem, sebaliknya sebagai peringatan jelas bahawa negara ini tidak ditadbir berdasarkan emosi media sosial, tidak menghakimi melalui pentas politik dan tidak menggantikan perlembagaan dengan kemarahan awam," titah baginda.
Sultan Pahang turut menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai negara yang berprinsip dan tegas serta mendoakan agar negara ini dan negeri Pahang khususnya sentiasa berada dalam rahmat Allah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sultan Pahang menegaskan kuasa pengampunan di bawah Perlembagaan Persekutuan bukanlah hadiah politik atau simpati peribadi, tetapi sebagai mekanisme terakhir dalam sistem keadilan yang mengimbangi hukuman tanpa membatalkan kesalahan mahkamah.
- Pengampunan tidak terhad kepada mana-mana individu, parti, atau kedudukan tertentu; setiap tahun, ratusan banduan dari pelbagai latar belakang menerima pengurangan hukuman atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Melayu.
- Keputusan mengenai pengampunan dibuat melalui musyawarah Lembaga Pengampunan yang melibatkan wakil institusi utama negara atau negeri, menunjukkan proses semak dan imbangan yang teliti serta menekankan bahawa raja berperanan sebagai payung keadilan yang menenangkan tanpa dipengaruhi tekanan politik.