MALAYSIA
Kuasai ilmu baharu, AI tapi jangan hilang jati diri Malaysia - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penguasaan teknologi moden seperti AI tidak hanya mencabar dan memerlukan pelaburan besar, tetapi turut melibatkan risiko. - Foto Bernama
NILAI: Malaysia perlu menguasai disiplin dan ilmu baharu, terutamanya dalam bidang teknologi serta kecerdasan buatan (AI), jika mahu mengangkat martabat sebagai sebuah negara maju.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penguasaan teknologi moden seperti AI tidak hanya mencabar dan memerlukan pelaburan besar, tetapi turut melibatkan risiko.
Namun, ujar beliau ia adalah satu keperluan yang tidak boleh dielakkan sekiranya Malaysia mahu kekal berdaya saing di peringkat global.
"Kalau Malaysia mahu diangkat martabatnya sebagai negara maju pada masa depan, kita mesti menguasai disipilin dan ilmu baharu. Tiada pilihan dan penguasaan teknologi baharu seperti AI, umpamanya pertama bukan mudah dan ada risiko.
"Kerana kalau kita tiru atau ambil sahaja, apa yang dilontar oleh orang asing seperti Amerika, Eropah dan China, kita tidak akan pertahankan akidah akhlak, nilai dan budaya .
"Jadi, sementara kita ambil, kita harus latih anak-anak supaya faham apa itu digital, AI," katanya.
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Zon Selatan, yang turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Dataran Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Perdana Menteri menambah transformasi digital dan AI merupakan peluang besar untuk memperkasa rakyat, namun pelaksanaannya mesti disertai dengan langkah bijak agar tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar.
Beliau turut menekankan bahawa penguasaan teknologi tidak boleh mengorbankan jati diri, nilai, akhlak, keyakinan agama dan budaya negara.
“Kita tak mahu akibat terlalu meniru atau terikut model luar, kita hilang nilai sendiri. Langkah-langkah perlu diambil untuk pastikan ini tidak berlaku,” katanya.
Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa AI dan digital mesti diterjemahkan dalam bentuk peningkatan produktiviti dan khidmat kepada rakyat, dan bukan sekadar pelaburan tanpa hasil.
Sementara itu, Perdana Menteri berharap Program MADANI Rakyat dijadikan sebagai platform bagi menjelaskan inisiatif kerajaan secara menyeluruh kepada rakyat.
Hal ini, ujar beliau kerana masih wujud naratif yang disebarkan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak melakukan apa-apa sepanjang hampir tiga tahun memerintah.
Ringkasan AI
- Malaysia perlu kuasai teknologi baharu seperti AI untuk mencapai status negara maju dan kekal berdaya saing di peringkat global, walaupun ia mencabar dan berisiko.
- Penguasaan AI mesti disertai pemahaman nilai dan budaya agar tidak terlalu bergantung kepada model luar yang boleh menghakis jati diri, akhlak dan keyakinan agama.
- Transformasi digital dan AI harus memperkasa rakyat, meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan, serta dilaksanakan secara bijak supaya tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar.