BUKIT MERTAJAM: Kuih bakul atau "Nian Gao" menjadi antara menu wajib ketika perayaan Tahun Baharu Cina malah tidak lengkap rasanya jika hidangan tradisi masyarakat Tionghua itu tidak disajikan terutama pada hari pertama perayaan.
Bagi Nur Farrah Diba Azhar, 34, peniaga kuih bakul dan kuih bulan di Bandar Perda, beliau bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional keluarga.
Sebelum membuka perniagaan itu enam tahun lepas, beliau terlebih dahulu berguru dengan mendiang datuknya, Teh Naik Ming dan jirannya, seorang wanita berketurunan Cina, menggunakan resipi asli untuk menghasilkan kuih bakul.
"Saya jual kuil bakul sepanjang tahun namun ketika Tahun Baharu Cina mendapat permintaan yang tinggi iaitu sekitar 3,500 hingga 4,500 biji dan saya bukan sahaja jual di kedai di Bandar Perda di sini malah di laman sosial terutama Tik Tok.
"Kuih bakul saya boleh pos ke seluruh negara dan juga Singapura, setakat ini kuih tersebut sampai dalam keadaan masih elok kepada pembeli, kerana ia boleh bertahan sehingga seminggu tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk," kata ibu kepada seorang anak lelaki ini kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di sini.
Menceritakan proses pembuatan kuih bakul, Nur Farrah Diba berkata proses pembuatan kuih tradisi masyarakat Cina itu sangat rumit dan tidak boleh lalai sedikit pun kerana jika tidak, kuih bakul yang dihasilkan akan berair dan tidak naik.
Katanya untuk mendapatkan kuih bakul yang bermutu, beliau menggunakan ramuan daripada bahan semula jadi terutamanya daun pisang yang digunakan sebagai pembalut kuih bakul untuk menaikkan aroma asli kuih itu.
"Proses bermula dengan mengisar beras untuk menghasilkan adunan dan apa yang istimewa dengan resipi saya ialah terdapat campuran minyak kacang tanah yang dihasilkan oleh saya sendiri dan ia akan menjadikan kuih bakul lebih lemak dan sedap serta berkilat.
"Seterusnya adunan itu akan dikukus selama 16 jam iaitu bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam menggunakan dapur gas dan setiap hari kami hanya boleh menghasilkan sebanyak 200 biji kuih bakul sahaja," katanya.
Selain itu, menurut Nur Farrah Diba beliau tidak menggunakan acuan plastik sebaliknya menggunakan acuan besi bagi mengekalkan bau, rasa dan tekstur kuih bakul itu.
Beliau berkata proses untuk menyiapkan sebiji kuih bakul memakan masa selama tujuh hari kerana perlu memastikan kuih bakul betul-betul kering, jika tidak ia akan menggalakkan kehadiran kulat malah proses pembuatannya juga haruslah teliti dan bersih.
"Dari segi bancuhan dan adunan termasuk proses pembalutan adalah 100 peratus dilakukan sendiri, manakala pekerja hanya melakukan proses penyediaan barangan," katanya yang mempunyai empat pekerja.
Nur Farrah Diba berkata dalam proses belajar membuat kuih adat itu, beliau bukan sahaja diberi tunjuk ajar dan resipi tetapi juga mengenai pantang larangnya yang beliau percaya ia adalah satu disiplin dalam pembuatan makanan tersebut.
"Contohnya jangan bercakap ketika membuat kuih sebenarnya mengajar kita fokus, jadi apabila kita fokus pembuatan kuih lebih teliti dan ketika menghasilkannya hati perlu tenang serta gembira," katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu berkata kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia harus dimanfaatkan dengan mendalami makanan masyarakat lain dan secara tidak langsung jelasnya, ia dapat mewujudkan semangat perpaduan melalui makanan.
"Niat utama saya belajar membuat dan menjual kuih bakul ini adalah untuk berkongsi kegembiraan ketika makan kuih masyarakat Cina, mungkin ada masyarakat Melayu yang ingin tetapi ragu-ragu dengan status halal kuih bakul.
"Jadi saya rasa ini peluang dalam perniagaan sekali gus usaha menyatukan perpaduan melalui makanan," kata kakak kepada empat beradik itu yang turut mendapat sokongan mereka serta suaminya.
-- BERNAMA / Erma Idayu Mohd Yusop
Bernama
Sat Feb 03 2024
Untuk mendapatkan kuih bakul yang bermutu, ramuan daripada bahan semula jadi akan digunakan terutamanya daun pisang yang digunakan sebagai pembalut kuih bakul untuk menaikkan aroma asli kuih itu. - Bernama
Dasar cukai yang berkesan penting dalam memupuk pertumbuhan berterusan - Lim Hui Ying
Beliau berkata hasil cukai adalah penting untuk menyokong perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur dan program sosial, yang mana ia merupakan asas kepada kemakmuran negara.
Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: APAD dapatkan laporan lengkap sebelum ambil tindakan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap insiden kemalangan jalan raya antara sebuah bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan -
SIA bayar pampasan minimum AS$10,000 buat penumpang cedera
Singapore Airlines (SIA) akan memberikan bayaran balik penuh tambang kepada semua penumpang penerbangan SQ321, yang mengalami gelora udara bulan lalu, termasuk kepada mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam'
Kawasan sekitar kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai, kelihatan tenang dan terkawal pada Selasa, tanpa ada anggota polis berkawal di sana.
Kerjasama PDRM, pusat darah negara manfaatkan pesakit
Pusat Darah Negara (PDN) menerima lebih 8,000 beg darah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 tahun lalu.
Penjawat awam Negeri Sembilan ditahan disyaki minta dan terima suapan RM10,000
SPRM Negeri Sembilan menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di negeri tersebut.
Kanak-kanak lima tahun maut didera, ibu dan bapa angkat direman
Sepasang suami isteri direman enam hari bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai didera.
[TERKINI] TMJ terima mengadap Onn Hafiz, bincang bantu rakyat, tingkat ekonomi Johor
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan beberapa perkara dibincangkan meliputi pembangunan infrastruktur, memperbaiki kemudahan rakyat dan meningkatkan ekonomi negeri.
[TERKINI] Malaysia alu-alukan keputusan UNSC, gesa Resolusi di Gaza dilaksana sepenuhnya
Malaysia alu-alukan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berkenaan resolusi di Gaza.
Program TVET MARA terus cemerlang lahirkan modal insan berkemahiran tinggi
IPMA melahirkan 28,919 graduan pelbagai bidang teknikal dan profesional, dengan kadar kebolehpasaran mencapai 94.34 peratus tahun lepas.
Kuih bakul halal resipi asli dikukus 16 jam
Nur Farrah Diba Azhar bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional.
Kuih bakul tradisional mendapat permintaan tinggi sempena Tahun Baharu Cina
Sambutan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa kuih bakul atau 'Nian Gao'.
Kuih bakul ubat kerinduan kepada mendiang ibu
Dengan membuat kuih bakul, Chang dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lepas.
Tahun Baharu Cina: Gadis Melayu OKU terima tempahan 4,000 biji kuih bakul
Kuih bakul hasil air tangan Haziqah Nurul Huda Harun, 20, istimewa kerana pembuatannya dipelajari daripada sahabatnya, yang berasal dari Beijing.
Kuih bakul diproses secara tradisional dapat permintaan tinggi
Penghasilan kuih bakul secara tradisional mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Cina untuk dijadikan hidangan wajib menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Kuih Bakul jana sumber pendapatan tambahan
B.Balamurali turut mendapat sumber pendapatan tambahan sempena Tahun Baru Cina dengan mengambil kesempatan mengusahakan kuih bakul.