BAGI mereka yang tinggal di Semenanjung, mungkin jarang sekali berpeluang merasai keenakan makanan tradisi etnik Brunei iaitu kuih kelupis.
Makanan tradisional berasaskan santan dan beras pulut itu begitu sinonim dalam kalangan masyarakat di pantai barat Sabah, malah tanpa hidangan itu, majlis dianggap tidak lengkap.
Menurut penduduk Kampung Brunei, Membakut, Junaidah Jual, 43, proses membuat kuih kelupis bermula dengan memarut kelapa tua bagi mendapatkan santan sebelum beras pulut dimasak dalam tempoh tertentu mengikut kuantiti penghasilan.
Menggunakan resepi turun-temurun, katanya, etnik Brunei lebih gemar membungkus kuih kelupis menggunakan daun nyirik berbanding daun-daun lain.
"Biasanya daun nyirik memiliki aroma wangi, dan begitu juga dengan daun pisang.
"Tetapi biasanya etnik Brunei memang menggunakan daun nyirik kerana ia mempunyai corak yang tersendiri.
"Apabila kita hidang, ia nampak cantik dan rasanya juga berbeza. Lebih menarik, ia boleh dimakan dengan kuah kacang dan kari," katanya kepada Astro AWANI.
Jelas beliau, kuih kelupis menjadi hidangan wajib masyarakat itu setiap kali menjelang Hari Raya, kenduri dan majlis perkahwinan.
Proses penghasilan kuih kelupis yang melalui beberapa peringkat juga lebih bermakna apabila penduduk setempat melakukan acara "mengelupis" (membungkus) secara bergotong-royong.
"Biasanya majlis kahwin, penduduk kampung akan bergotong-royong kerana ia melibatkan kuantiti yang banyak.
"Kuih kelupis akan dimasak sekurang-kurangnya 40 kilogram pada majlis kahwin dan biasanya sekitar 15 hingga 20 orang datang untuk membungkus," katanya.
Tambah Junaidah, kuih kelupis yang dihasilkan etnik Brunei di kampung itu turut menerima tempahan daripada pengusaha makanan di sekitar Sabah.
Demi memastikan kuih tradisi itu tidak ditelan zaman, golongan muda dalam kalangan etnik Brunei juga tidak melepaskan peluang mempelajari penghasilan juadah itu.
"Susah itu (penghasilan kuih kelupis) tidak juga sebab kita perlu betul-betul beri perhatian. Saya belajar buat kelupis pun daripada arwah bapa.
"Bahagian paling penting pembuatan kuih ini adalah kuantiti santan dan beras itu mesti sama banyak," jelasnya.
Antara daerah yang terkenal dengan juadah kelupis termasuk Membakut, Menumbok, Kuala Penyu, Papar dan Sipitang.
Hasimi Muhamad
Fri Jan 17 2020
Etnik Brunei lebih gemar membungkus kuih kelupis menggunakan daun nyirik berbanding daun-daun lain. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Jenazah pendaki maut di gunung Alaska tiba di tanah air
Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika utara, selamat tiba di tanah air pagi ini.
Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih
Faktor keyakinan itu diperoleh hasil kerja keras pemain yang menjalani latihan tanpa jemu sehingga mampu melakar kejayaan.
AWANI Ringkas: Penubuhan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Sami Khedira pilih Mbappe menang kasut emas
Bekas pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira pilih kapten Perancis untuk memenangi Kasut Emas di Euro 2024 yang sedang berlangsung di Jerman.
Milennia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif
Fasiliti moden disuntik elemen 'zen' ala resort dibina khusus buat mereka di usia emas dan sebagai kesediaan negara berdepan status 'menua.'
Apple Store bakal buka kedai pertama di Malaysia di The Exchange TRX pada 22 Jun
Kedai Apple Store di The Exchange akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand.
Ganesan, 'mekanik' kereta api teruskan legasi keluarga
Ganesan merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang bekerja dalam bidang berkaitan kereta api.
[INFOGRAFIK] Carta Aliran Mengerjakan Haji
Berikut adalah info berkenaan dengan Carta Aliran Mengerjakan Ibadah Haji.
Puasa sunat Arafah, kenapa digalakkan dan tidak wajib?
Pembimbing Ibadat Haji, Ustaz Mohamad Abdullah memberi pencerahan kenapa mereka yang tidak berada di Tanah Suci sangat digalakkan berpuasa pada hari Arafah sedangkan ia tidak diwajibkan kepada mereka yang mengerjakan haji.
Ada apa dengan Padang Arafah? Ini pencerahan pembimbing ibadat haji
Padang Arafah yang menjadi tumpuan perhimpunan terbesar umat Islam dalam menunaikan ibadat haji mempunyai signifikan tersendiri yang boleh dikaitkan dengan sejarah mengenai wahyu kepada Nabi, mesej dalam khutbah terakhir dan juga medan memohon pengampunan atas dosa-dosa yang dilakukan manusia.
Kuih kelupis juadah wajib etnik Brunei
Bagi mereka yang tinggal di Semenanjung, mungkin jarang sekali berpeluang merasai keenakan makanan tradisi etnik Brunei iaitu kuih kelupis.