awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh - Pemangku Raja Perlis

Bernama
Bernama
14/08/2023
21:00 MYT
KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh - Pemangku Raja Perlis
Baginda bertitah antara syarat yang perlu dipenuhi ialah mencapai 2,000 penuntut dalam masa terdekat. - Foto fail/BERNAMA
KANGAR: Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu lebih agresif bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek memenuhi syarat mencapai status universiti penuh, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah antara syarat yang perlu dipenuhi ialah mencapai 2,000 penuntut dalam masa terdekat.
"KUIPs juga perlu berusaha mencapai tahap lima dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dalam aspek akademik, penyelidikan, penerbitan dan tadbir urus," titah baginda.
Baginda yang juga Canselor KUIPs bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-10 Kolej Universiti Islam (KUIPs).
Hadir sama Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, Rektor KUIPs Prof Madya Muhamad Rozaimi Ramle dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah KUIPs juga perlu meningkatkan dan menambah penawaran program-program pengajian yang kompetitif di peringkat siswazah dan pascasiswazah.
Titah baginda selain tu pengurusan KUIPs perlu memantapkan lagi polisi sedia ada terutama dalam aspek akademik dan pentadbiran yang merangkumi kebajikan kakitangan.
Sementara itu, Muhamad Rozaimi berkata KUIPs akan membina sebuah kampus baharu bernilai RM200 juta di Sungai Chuchuh dan ia akan memberi semangat baharu kepada warga KUIPs.
Katanya KUIPs akan sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai teknokrat Islam dan menjadi contoh kepada universiti Islam lain di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIPs
#kuips
#universiti penuh
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan