MALAYSIA
Kulim Smart Care jadi platform pintar salur aduan
Elmi (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada Juara Pertandingan Mencipta Logo Jubli Perak MPKK kepada Muhammad Azid Abdul Latif pada Pelancaran KSC dan Logo Sambutan Jubli Perak 2026 MPKK di Kulim, 25 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KULIM: Pelaksanaan sistem Kulim Smart Care (KSC) tidak hanya memudahkan masyarakat menyalurkan aduan menerusi platform yang betul, tetapi juga membolehkan tindakan segera dapat diambil.
Ringkasan AI
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Datuk Elmi Yusoff berkata sistem aduan pintar itu turut memudahkan pemantauan dibuat terhadap tindakan yang diambil secara lebih cekap dan telus.
"Menerusi sistem yang dimajukan MPKK ini, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi KSC dalam telefon pintar masing-masing secara percuma.
"Untuk membuat aduan, mereka hanya perlu mengambil gambar. Contohnya, jalan rosak atau lampu jalan tidak berfungsi dan hantar aduan menerusi aplikasi berkenaan," katanya selepas Majlis Pelancaran KSC dan Logo Sambutan Jubli Perak 2026 MPKK di sebuah pasar raya, dekat sini semalam
Beliau berkata sistem itu lebih mesra pengguna kerana selain memuat naik gambar aduan dalam aplikasi itu, sistem juga boleh mengesan sekiranya maklumat aduan tentang lokasi atau nama jalan tidak dinyatakan.
"Maklumat pengadu akan dirahsiakan. Aduan juga tidak terhad kepada yang berkaitan dengan bidang kuasa MPKK sahaja, malah merangkumi semua agensi yang ada di daerah ini. Setiap aduan yang diterima, kita akan salurkan terus kepada agensi berkaitan," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan daripada agensi dan jabatan kerajaan untuk bekerjasama dengan MPKK bagi mengembangkan lagi sistem itu demi kebaikan bersama.
Sementara itu, pada majlis sama, Elmi turut melancarkan logo bersempena dengan sambutan Jubli Perak MPKK 2026.
"Tahun ini genap 25 tahun pengurusan MPKK yang menandakan detik bersejarah untuk warga MPKK dan juga seluruh warga di daerah ini," katanya.
Sementara itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mereka Cipta Logo Rasmi Jubli Perak MPKK yang bertemakan "Kulim Perintis Kemajuan, Menerajui Masa Hadapan Kedah".
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sistem Kulim Smart Care (KSC) memudahkan masyarakat membuat aduan melalui aplikasi telefon pintar secara percuma, membolehkan tindakan segera diambil.
- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, Datuk Elmi Yusoff, menyatakan bahawa KSC membenarkan pemantauan tindakan yang lebih cekap dan telus terhadap aduan yang diterima.
- Sistem KSC tidak hanya terhad kepada bidang kuasa MPKK, tetapi juga merangkumi semua agensi di daerah tersebut, dengan maklumat pengadu dirahsiakan demi keselamatan.