KOTA BHARU: Membaca satu demi satu kisah kemanusiaan yang dipaparkan di pelbagai platform media tentu sekali mengundang sebak dalam kalangan sebilangan besar daripada kita.
Masakan tidak, setiap hari ada sahaja cerita golongan yang hilang pekerjaaan sama ada dibuang atau syarikat tempat mencari rezeki ditutup kerana sudah tidak mampu menampung kos operasi.
Tidak kurang juga yang merintih meminta simpati kerana bukan sahaja tiada wang, bahkan beras segenggam pun tiada di rumah kerana segala simpanan habis dibelanja sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kerana kesempitan hidup juga memaksa Yusmaliana Yusuf mendapatkan ihsan kulit ayam untuk dijadikan lauk buat keluarga.
Bagi wanita berusia 34 tahun itu, dia tiada pilihan lain selain daripada terpaksa meminta bekalan itu daripada rakannya yang menjual ayam di sebuah kedai di Pulau Melaka, di sini.
Bahhkan, kata Yusmaliana, rasa malu juga dibuangnya ke tepi demi untuk memastikan lima orang anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga 14 tahun itu tidak kelaparan.
Dalam masa sama, katanya, hidangan kulit ayam sebagai lauk sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sekeluarga.
“Memandangkan PKP suami saya tidak dapat keluar bekerja kerana tidak dibenarkan, maka tiada upah untuk belanja kami. Saya terpaksa minta kulit ayam (untuk dijadikan lauk) kalau tidak anak saya nak makan apa?” katanya kepada Astro AWANI dalam satu pertemuan di kediamannya di Kampung Babong, di sini.
Suami Yusmaliana, Jamaluddin Salahuddin, 52, yang juga warganegara Indonesia merupakan seorang buruh binaan dan dibayar antara RM50 hingga RM60 sehari.
Sejak lima bulan lalu, Jamaluddin tidak diambil bekerja kerana pelaksanaan PKP menyebabkan keluarga itu tidak mempunyai punca pendapatan.
Kulit ayam seberat tiga kilogram yang diperoleh Yusmaliana itu, katanya, memadai digoreng atau dijadikan lauk sebagai bekalan beberapa hari untuk mereka sekeluarga.
“Kadang-kadang anak-anak ada juga bertanya kenapa asyik makan lauk kulit ayam sahaja. Bagaimanapun, Alhamdulillah anak-anak memahami kesulitan dan masalah kewangan yang dihadapi,” ujar Yusmaliana yang memberitahu jika ada rezeki, sesekali dia juga disedekahkan seekor ayam oleh rakannya itu.
Sementara itu, kesempitan hidup keluarga Yusmaliana sebetulnya sudah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Astro AWANI difahamkan, bantuan sebanyak RM650 setiap bulan disalurkan oleh JKM kepada keluarga itu bagi membiayai pendidikan anak-anak Yusmaliana.
Bukan hanya Yusmaliana, bahkan kepayahan hidup turut dilalui adiknya yang tinggal bersebelahan rumahnya.
Bahkan, keluarga adiknya itu juga, jelasnya, berkongsi kulit ayam yang sama sebagai lauk keluarga.
Menurut adik ipar Yusmaliana, Raja Shazila Raja Sanusi, sumber makanan buat dia sekeluarga juga sudah putus berikutan suaminya yang juga burun binaan hilang punca pendapatan akibat PKP.
Raja Shazila dan suaminya mempunyai dua orang anak berusia setahun dan enam tahun.
Muhafandi Muhamad
Sun Jun 27 2021
Yusmaliana Yusuf membersihkan kulit ayam yang diperoleh daripada rakannya untuk dijadikan lauk buat anak-anaknya. - Gambar Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kulit ayam jadi lauk keluarga Yusmaliana, JKM bantu ringankan beban
"Kadang-kadang anak-anak ada juga bertanya kenapa asyik makan lauk kulit ayam sahaja."
27 tan kulit ayam sejuk beku dari Netherlands dirampas MAQIS
Sebanyak 1375 kotak kulit ayam sejuk beku gred A dirampas dari sebuah kontena yang kesemuanya bernilai RM100,521.85.
Jangan buang kulit ayam, ia ada khasiat - Kajian
Ramai yang memilih untuk menyingkirkannya daripada menu, terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.