MALAYSIA

Kumar Aamaan sambung mogok lapar hari kedua di pejabat ROS

Astro Awani 23/01/2015 | 05:11 MYT
Mogok lapar Kumar Aamaan di pejabat ROS masuk hari ke-2. -Gambar: Astro AWANI
Mogok lapar Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumar Aamaan di luar ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sudah memasuki hari kedua.

Mogok lapar bermula pada Khamis dengan tuntutan agar Ketua Pengarah dan juga pegawai penyiasat pemilihan MIC ditukarkan berikutan kemelut yang melanda parti politik berasaskan kaum India yang terbesar dan paling tua di negara ini.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di Twitter, Setiausaha Agung MIC, Datuk G Kumar Aamaan kelihatan bersama beberapa penyokongnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut sumber di ROS, jabatan berkenaan dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat ini.

Semalam, Kumar Aamaan turut akan menyerahkan surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Antara kandungan surat berkenaan adalah mengenai ketidakpercayaan beliau terhadap kakitangan ROS dan siasatan semula pemilihan parti MIC.
#G. Kumar Aamaan #MIC #ros