awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan 26 orang terkandas di puncak Gunung Gagau dilaporkan selamat

Bernama
Bernama
22/12/2014
09:07 MYT
Kumpulan 26 orang terkandas di puncak Gunung Gagau dilaporkan selamat
Operasi menyelamat digerakkan awal pagi ini dengan kekuatan 15 anggota.
Kesemua 26 orang, terdiri daripada 18 pekerja Jabatan Ukur dan Pemetaan dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am yang terkandas di puncak Gunung Gagau, Kuala Berang, dilaporkan dalam keadaan selamat.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata kumpulan itu dilaporkan memasuki kawasan gunung tersebut sejak seminggu lalu menggunakan helikopter, namun kehabisan bekalan makanan.
Katanya berikutan cuaca buruk, mereka gagal untuk keluar ke base camp berhampiran.
"Kita menerima laporan berhubung bantuan yang diperlukan untuk mangsa keluar dari Gunung Gagau semalam dan operasi menyelamat digerakkan awal pagi ini dengan kekuatan 15 anggota," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Hulu Terengganu Mohd Zamri Omar berkata kumpulan itu dilaporkan berada pada kedudukan kira-kira 40 kilometer dari Base Camp Aring 5.
Beliau berkata ketika ini pasukannya sedang berusaha untuk membawa keluar kumpulan itu menggunakan laluan darat setelah usaha menyelamat menggunakan helikopter gagal berikutan cuaca buruk.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat ini, katanya dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp.
Topic Berkaitan
#Gunung Gagau
#Jabatan Ukur dan Pemetaan
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan