awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan berebut kawasan: 10 lelaki ditahan, 23 lagi diburu - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/02/2021
04:16 MYT
Kumpulan berebut kawasan: 10 lelaki ditahan, 23 lagi diburu - Polis
Rakaman video yang tular menunjukkan dua kumpulan bergaduh sesama sendiri akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.
KUALA LUMPUR:Polis menahan 10 lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan di Taman Juara Jaya, Batu 9, Cheras, pada Ahad.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, pihaknya turut memburu 23 lagi suspek disyaki terlibat kes tersebut.
"Motif kejadian disebabkan perebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sg Besi Indah diketuai individu bernama Sara dan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang diketuai individu bernama Tan.
"Ops Cantas bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, JSJ IPD Serdang dan JSJ IPK Selangor telah menahan 10 suspek dan akan direman," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pihak polis telah mengenal pasti beberapa individu bagi membantu siasatan.
"Terdapat dua mangsa cedera dan sedang dirawat di hospital dalam kejadian tersebut," ujarnya.
Terdahulu, dua buah video tular di media sosial memaparkan kejadian dua kumpulan bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya bergaduh sesama sendiri.
Terdapat tiga buah kereta milik ahli kumpulan terbabit berlanggar antara satu sama lain.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASK Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.
kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#polis
#jenayah
#siasatan
#lelaki
#media sosial
#Dadah
#kumpulan
#Geng 08 Sg Besi Indah
#Geng 36 Bukit Belimbing
#JSJ IPK Selangor
#Datuk Fadzil Ahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan