awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pertama jemaah Haji pulang ke Kuala Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2014
14:37 MYT
Kumpulan pertama jemaah Haji pulang ke Kuala Terengganu
Tabung Haji menguruskan lima penerbangan pulang jemaah secara berperingkat. - Astro AWANI
Rombongan pertama jemaah Haji menerusi penerbangan Malayisa Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi tiba di Kuala Terengganu kira-kira jam 3 petang tadi.
Penerbangan KT30 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud membawa pulang seramai 278 jemaah Haji termasuk empat pegawai perubatan dan kebajikan.
Tabung Haji menguruskan lima penerbangan pulang jemaah secara berperingkat membabitkan 1,394 jemaah dengan penerbangan terakhir KT49 pada 30 Oktober depan.
Bagi jemaah, perkhidmatan Tabung Haji amat membanggakan dan dilaksanakan dengan profesional dengan menjaga kebajikan setuap jemaah termasuk pengurusan jenazah.
Ia membolehkan mereka melaksanakan rukun Islam ke lima itu dengan hati yang tenang dan berharap mendapat haji yang mabrur.
Sementara itu, Pengarah Tabung Haji Negeri yang juga Pengarah Operasi Haji Lapangan Terbang Sultan Mahmud meminta ahli keluarga mengikuti perkembangan seterusnya membabitkan penerbangan KT43, KT 45, KT 47 dan KT49 dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Lapangan Terbang Sultan Mahmud
#MAS
#rombongan
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan