Kumpulan terakhir seramai 279 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada Sabtu menerusi penerbangan KT64.
Mereka yang bertolak dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.30 tengah hari dan dijangka tiba pada 8.30 malam waktu tempatan.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam penerbangan tersebut berkata dengan penerbangan terakhir itu, jumlah jemaah haji yang berada di tanah suci adalah seramai 22,320 iaitu 100 peratus kuota jemaah haji negara bagi tahun ini.
Sementara itu, beliau berkata TH akan melaksanakan Haji Badal untuk menyempurnakan ibadah haji bagi empat jemaah Malaysia yang meninggal dunia di tanah suci baru-baru ini.
"Pihak Lembaga Tabung Haji akan melaksanakan Haji Badal empat jemaah yang meninggal dan memastikan waris seperti isteri, suami atau anak jemaah dapat meneruskan ibadah haji mereka dengan sempurna," katanya kepada pemberita.
Dua jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi jangkitan paru-paru.
Pada minggu lepas, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung. Jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini ialah empat orang.
Abdul Azeez berkata setakat ini semua jemaah yang berada di Tanah Suci juga dilaporkan tidak dijangkiti sebarang virus penyakit berjangkit.
"Pasukan perubatan kita yang telah berada di sana juga akan menjalankan tugas sebaiknya bagi memastikan kesihatan jemaah Malaysia dalam keadaan baik untuk melakukan ibadah Haji.
"Kita juga akan memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin dan minta waris serta rakyat Malaysia mendoakan agar semua jemaah dapat menunaikan haji dengan sempurna,"katanya.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bermula pada 27 Ogos lepas melibatkan 450 jemaah dan penerbangan balik yang pertama dijangka pada 10 Oktober ini.
Bernama
Sat Sep 27 2014
Jemaah dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.30 tengah hari dan dijangka tiba pada 8.30 malam waktu tempatan. -fotoBERNAMA
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.