JAKARTA: Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia yang berakhir hari ini berjaya mengukuhkan lagi hubungan sosial dan ekonomi yang sedia terjalin erat antara republik itu dengan Malaysia.
Keakraban dua pemimpin terserlah ketika Ismail Sabri bertemu Presiden Joko Widodo, atau lebih mesra dipanggil Jokowi, dan sesi 'veranda talk' di Istana Merdeka yang berlangsung kira-kira 30 minit.
Komitmen mereka dalam menguruskan hal ehwal rakyat dibuktikan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman Bagi Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) di Jakarta pada Jumaat.
MoU itu signifikan untuk membolehkan kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia dalam sektor tertentu termasuk perladangan dan bagi Indonesia pula, ia menjamin perlindungan serta kebajikan rakyatnya berdasarkan lunas undang-undang kedua-dua negara.
Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), satu komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan isu buruh paksa dan memberi perlindungan kepada pekerja migran Indonesia.
Susulan pembukaan semula sempadan Malaysia sepenuhnya bermula April 1, Ismail Sabri percaya langkah itu mampu menyatukan semula keluarga di kedua-dua negara yang sudah lama terpisah akibat langkah menangani COVID-19.
Pengembara dari Indonesia yang telah menerima vaksinasi lengkap tidak lagi perlu menjalani sebarang kuarantin dan mereka hanya dikehendaki membuat ujian pengesanan sebelum berlepas (RT-PCR) dan selepas ketibaan (RTK-Antigen).
Lawatan kerja kali ini juga berjaya meneroka peluang pelaburan di Kalimantan Timur dan meningkatkan pembangunan kawasan di sempadan kedua-dua negara seiring dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara dari Jakarta.
Kesepakatan juga dicapai dalam pengurusan kelapa sawit iaitu harga minyak komoditi itu harus ditentukan bersama-sama bagi mengelakkan persaingan harga.
Kedua-dua pemimpin turut sepakat akan terus memperkasa penggunaan bahasa serumpun di setiap persidangan antarabangsa sebagai bahasa perantara dengan harapan ia dapat dijadikan sebagai bahasa ASEAN.
Menyentuh perkara serantau, mereka berpendirian Myanmar perlu menyelesaikan isu Rohingya secara dalaman.
Ismail Sabri pulang ke Malaysia pada 2 petang waktu Indonesia barat hari ini sekali gus mengakhiri lawatan kerja singkat selepas tiba di sini awal pagi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Keakraban dua pemimpin terserlah ketika Ismail Sabri bertemu Presiden Joko Widodo, atau lebih mesra dipanggil Jokowi, dan sesi 'veranda talk' di Istana Merdeka yang berlangsung kira-kira 30 minit. - Bernama
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
[TERKINI] Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat Pembangkang – Fadillah
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.