PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk pada 2020 dan 2021 walaupun harga Refined Bleached and Deodorized (RBD) palm olien telah meningkat, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, jumlah tersebut bersamaan dengan 60 juta paket polibeg satu kilogram (kg), dengan 1.5 kg diperuntukkan untuk setiap rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Katanya harga RBD palm olien meningkat kira-kira 83 peratus kepada RM4,122 per tan metrik tahun ini berbanding RM2,255 per tan metrik pada 2020.
"Kerajaan turut menambah peruntukan atas dasar komitmen untuk membekalkan 60,000 tan metrik meskipun harga RBD Palm Olien telah meningkat," katanya, menambah kerajaan menjangkakan kos skim itu meningkat daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion sekiranya RBD Palm Olien terus meningkat.
"Oleh yang demikian, keputusan kerajaan untuk mengekalkan kuota dalam program Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) menunjukkan komitmen kerajaan yang tinggi untuk mengurangkan kos sara hidup serta menjamin kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanta mengeluarkan kenyataan itu susulan laporan berita berhubung kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak yang didakwa berpunca daripada tindakan syarikat pembungkus minyak masak yang tidak jujur kerana membekalkan minyak masak bersubsidi tidak mengikut kuantiti yang telah ditetapkan bagi edaran ke pasar raya dan kedai runcit.
Laporan itu juga mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas aktiviti pembungkusan minyak masak bersubsidi dan seterusnya memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM400 juta pada tahun ini dibelanjakan dengan berhemah.
Nanta berkata bahagian penguat kuasa KPDNHEP sentiasa menjalankan pengauditan komprehesif untuk memastikan setiap pengeluaran minyak masak bersubsidi dapat diterima di setiap rantaian pengedarannya.
Susulan daripada pengauditan dan tindakan tegas dalam menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi, Nanta berkata sebanyak 318 kes telah direkodkan di seluruh negara sejak 2016 hingga Mac 2021.
Dalam tempoh itu juga, empat syarikat pembungkus minyak masak telah diambil tindakan dengan membatalkan kuota yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini, katanya.
Mengenai aduan berkaitan minyak masak di Sarawak, Nanta berkata semakan rekod mendapati terdapat 25 aduan sejak 2020 hingga 31 Mac lepas dan sebanyak 4,221 pemeriksaan telah dijalankan terhadap premis-premis yang menjual minyak masak setakat semalam (12 April).
Mengenai isu gula yang turut disentuh dalam laporan berita berkenaan, Nanta berkata pada dasarnya harga jualan gula domestik dikawal pada harga maksimum iaitu RM2.85 per kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.95 per kg bagi gula putih bertapis halus bagi jualan secara runcit.
Harga jualan borong gula untuk kegunaan industri makanan dan minuman pula ditetapkan pada kadar RM2.77 per kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.85 per kg bagi gula putih bertapis halus, katanya.
"Perbezaan pada harga gula yang lebih rendah boleh dinikmati oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman berdasarkan kuantiti dan kaedah pembelian yang dipersetujui dengan pembekal serta bergantung kepada harga gula mentah di pasaran dunia tanpa campur tangan kerajaan," katanya.
Menurut laporan berita itu, pihak industri makanan dan minuman kini perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan gula bertapis pada harga RM2.75 per kg.
Nanta berkata syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong tempatan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit mengimport gula bertapis pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Permohonan yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan dengan teliti oleh Jawatankuasa Penilaian yang diwakili beberapa agensi kerajaan berkaitan temasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pelaburan Perindustrian Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, katanya.
Keutamaan pemberian permit mengimport ialah kepada syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong yang memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan, katanya.
Nanta berkata pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap penerima permit mengimport gula bertapis bagi mengelakkan penyalahgunaan dan penyelewengan, dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pihak yang menyalahgunakan permit mengimport gula bertapis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
KPDNHEP sentiasa menjalankan pengauditan komprehesif untuk memastikan setiap pengeluaran minyak masak bersubsidi dapat diterima di setiap rantaian pengedarannya. - Bernama
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan
Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.
Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas
Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula.
Proses rasionalisasi minyak masak bersubsidi pastikan agihan secara adil - Salahuddin
Langkah itu juga penting untuk memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
KPDN Kelantan rampas 9.35 tan minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah 9.35 tan metrik minyak masak bersubsidi di Kampung Pengkalan Datu, petang semalam.
Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.
Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000
Semua suspek ditahan jam 10 malam kerana dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang individu.
KPDNHEP serbu pasar raya sorok minyak masak peket
Pemeriksaan turut mendapati pasar raya tersebut menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi peket 1kg di stor.