awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang kesedaran punca anak istimewa lambat daftar sebagai OKU - Nancy

Bernama
Bernama
03/12/2023
10:42 MYT
Kurang kesedaran punca anak istimewa lambat daftar sebagai OKU - Nancy
Nancy Shukri menyertai Fun Walk sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang Merdeka hari ini. -Bernama
KUCHING: Jumlah pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Sarawak masih pada tahap yang rendah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata antara puncanya adalah kurang kesedaran dan faktor jauh dari bandar yang menyebabkan ibu bapa tidak mendaftarkan anak istimewa atau lewat daftar sebagai OKU.
"Untuk mengesahkan seseorang itu OKU, mereka perlu disahkan oleh doktor di hospital, jadi agak payah bagi mereka membawa anak untuk pemeriksaan," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan OKU peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Nancy berkata untuk mengatasi masalah itu, kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama ketua masyarakat dan pejabat daerah perlu mengadakan program berkaitan bagi mengenal pasti individu yang perlu didaftarkan.
"Kebanyakan rakyat kurang sedar tentang program yang ditawarkan oleh kementerian, justeru adalah menjadi harapan melalui program berkaitan masyarakat ambil tahu.
"Pendaftran individu OKU adalah penting agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka ataupun penjaga," katanya sambil menambah kementerian akan menaik taraf fasiliti untuk kegunaan OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuching untuk dijadikan sebagai rumah perlindungan dan pemulihan.
Sebelum ini, Nancy dilaporkan berkata berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat pada Julai lepas, seramai 663,650 OKU telah berdafftar di negara ini dengan 57,043 daripadanya dalam kategori OKU penglihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#OKU
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#anak istimewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan