awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar

Bernama
Bernama
06/03/2022
11:20 MYT
Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar
Tan Sri Noh Omar (dua, kanan) sewaktu majlis penutupan Karnival Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Tanjong Karang di Dewan Datuk Hormat Tanjong Karang hari ini. - Bernama
TANJUNG KARANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meminta agar prosedur pengesahan pemberian bantuan banjir dapat dikurangkan, bagi mengatasi masalah kelewatan pemberian bantuan itu kepada mangsa banjir di Selangor.
"Saya harap kalau boleh kurangkan (birokrasi) seperti saya dapat maklumat di Bestari Jaya, bila sudah beri (borang) kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), pegawai di sana pula buat kerja-kerja pengesahan lagi dengan ketua-ketua kampung.
"Sepatutnya, bila sudah dihantar kepada PDT, mereka sepatutnya ada rekod, tak perlulah buat pengesahan semula. Itulah sebab jadi lambat," katanya yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.
Noh berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata tidak dinafikan masih terdapat mangsa banjir pada Disember lalu, masih belum menerima bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan dan negeri.
"Saya tak dapat lagi jumlah sebenar penerima bantuan untuk mangsa banjir, tetapi berdasarkan maklumat yang dilaporkan masih ada belum dapat. Mungkin ini di peringkat akhir," katanya.
Justeru katanya mangsa banjir yang belum menerima bantuan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) atau Bantuan Selangor Bangkit (BSB), perlu memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing atau berhubung dengan Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor di Shah Alam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan banjir
#birokrasi
#Noh Omar
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan