awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberi nafas baharu

Bernama
Bernama
11/10/2018
23:37 MYT
Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberi nafas baharu
Bahasa Melayu memerlukan pelaksanaan cara baharu dan agresif bagi merealisasikan matlamat menjadikan Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa ilmu di peringkat dunia. - Gambar hiasan
Kursi pengajian Bahasa Melayu di luar negara perlu diberikan nafas baharu, khususnya bagi menarik lebih banyak pengajian peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah di institusi luar negara.
Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Jerman, Mukundan Madavan berkata Bahasa Melayu hendaklah terus digunakan dan bersaing di persada antarabangsa meskipun terdapat pelbagai kekangan serta cabaran hebat, khususnya di era pensejagatan dunia kini.
"Seiring itu juga, kegiatan penterjemahan dalam pelbagai ranah keilmuan perlu disemarakkan bagi menarik minat mereka yang ingin menguasai Bahasa Melayu," katanya semasa merasmikan kempen 'Dekad Bahasa Kebangsaan, Semarak Tekad di Benua Eropah' di Pavilion Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt, Jerman 2018, yang berlangsung pada 10 hingga 14 Okt, di sini.
Mukundan berkata Bahasa Melayu, yang berperanan sebagai bahasa pemersatu dan pembina identiti rakyat Malaysia, memerlukan pelaksanaan cara baharu dan agresif bagi merealisasikan matlamat menjadikan Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa ilmu di peringkat dunia.
Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas dalam ucapannya menyatakan persediaan DBP melaksanakan Kempen Dekad Bahasa Kebangsaan itu, khususnya apabila Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia (WBC) pada 2020, KL Baca - Caring Through Reading, Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan.
"Dalam perencanaan dan pelaksanaan kota buku dunia ini, hal perkembangan serta pengukuhan bahasa Melayu akan terus diperkukuh dengan pelbagai agenda dan program.
"Penglibatan dalam Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt ini adalah kesinambungan kerjasama antara penerbit di Malaysia dengan penerbit-penerbit antarabangsa bagi merancak, memperluas dan memperkukuh jaringan dalam hal penerbitan serta dalam masa yang sama memperluas bahasa Melayu," katanya.
Beliau berkata Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang dibangunkan oleh DBP merupakan antara usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu dalam hal piawaian standard dan menjadi ukuran penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan jati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Adzis Abas
#bahasa
#Bahasa Melayu
#Buku
#Dewan Bahasa dan Pustaka
#Frankfurt
#KL Baca
#Kota Buku Dunia
#kursi pengajian
#luar negara
#Mukundan Madavan
#penerbit
#penterjemahan
#pesta buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan