awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursus guaman bersama perlu untuk tingkatkan standard guaman - Presiden Badan Peguam Malaysia

Bernama
Bernama
19/03/2017
00:01 MYT
Kursus guaman bersama perlu untuk tingkatkan standard guaman - Presiden Badan Peguam Malaysia
Badan Peguam Malaysia akan meminta universiti awam mengkaji semula faedah melaksanakan Kursus Guaman Bersama (CBC) dalam usaha untuk meningkatkan standard keseluruhan peguam. - Foto Fail
Badan Peguam Malaysia akan meminta universiti awam mengkaji semula faedah melaksanakan Kursus Guaman Bersama (CBC) dalam usaha untuk meningkatkan standard keseluruhan peguam.
Presidennya George Varughese berkata CBC perlu untuk memastikan standard yang tinggi dalam badan guaman.
"Dialog dan perbincangan CBC masih berjalan, dalam perkara ini kita masih ingin untuk meneruskan CBC yang turut disertai badan kehakiman dan saya percaya Jabatan Peguam Negara juga turut bersama," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-71 Badan Peguam Malaysia, di sini pada Sabtu.
Beliau juga berkata, cadangan itu (mengenai CBC) telah dikemukakan (kepada universiti awam) dan Badan Peguam Malaysia seterusnya akan mengemukakan cadangan ini dan cuba meyakinkan universiti awam untuk melihat manfaat melaksanakan CBC.
Kursus Guaman Bersama itu ialah untuk menggantikan Sijil Amalan Guaman yang diperkenalkan pada 1984 sebelum peguam boleh mengamalkan profesion guaman.
Lebih 800 orang menghadiri mesyuarat agung tahunan itu yang menyaksikan empat daripada enam usul yang dibentang diluluskan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Badan Peguam Malaysia
#George Varughese
#Jabatan Peguam Negara
#Kursus Guaman Bersama (CBC)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan