KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah telah memutuskan supaya Kursus Integriti dan Antirasuah diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bermula tahun depan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata kursus itu akan menjadi subjek yang sistematik dan berstruktur untuk pemahaman pelajar mengenai rasuah.
Beliau berkata inisiatif berkenaan membolehkan pelajar lebih peka dengan kesan rasuah yang bukan sahaja menjejaskan diri mereka tetapi juga negara.
"Belia yang sudah bekerja dikhuatiri tergoda dengan rasuah. Kursus ini juga memberikan pendedahan kepada penuntut supaya mereka tidak meminta rasuah dan tidak memberikan rasuah kepada mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas penutupan Konvensyen Mahasiswa Antirasuah di Universiti Malaya di sini hari ini.
Norazlan berkata berdasarkan data terkini pihaknya, seramai 275 belia berusia lingkungan 18 hingga 30 tahun ditahan atas kesalahan rasuah yang terdiri daripada 231 lelaki dan 44 wanita sejak 2020 hingga semalam.
Beliau berkata dalam tempoh sama, seramai 151 belia dituduh di mahkamah melibatkan 11 orang berusia 18 hingga 23 tahun dan 140 orang berusia 24 hingga 30 tahun dengan 85 daripadanya selesai perbicaraan serta didapati bersalah.
Antara kesalahan dilakukan adalah memberi, menerima dan lain-lain kesalahan berkaitan rasuah.
"Data yang dibentangkan ini wajar menjadi peringatan kepada para penuntut bahawa antara belia tersebut merupakan bekas pelajar IPT. Godaan rasuah wujud terutama apabila pelajar memasuki alam pekerjaan," katanya.
Norazlan berkata SPRM sentiasa menggalakkan kerjasama daripada pemimpin mahasiswa untuk membantu suruhanjaya itu menyebarluaskan mesej dan panduan antirasuah melalui inisiatif pendidikan antirasuah yang boleh dirangka dan dilaksanakan melalui bimbingan SPRM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Norazlan berkata, inisiatif berkenaan membolehkan pelajar lebih peka dengan kesan rasuah yang bukan sahaja menjejaskan diri mereka tetapi juga negara. - Gambar/ Bernama
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
Pemilik, pengarah syarikat terbabit sindiket penyeludupan rokok dan arak haram direman
Mereka juga dipercayai turut menjalankan kegiatan haram lain seperti perjudian secara online.
Dua saksi didenda RM15,000 kerana beri keterangan bercanggah
Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu masing-masing didenda RM15,000.
Tuntutan palsu selenggara kapal: SPRM tahan tiga penguat kuasa termasuk pegawai kanan
Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa disyaki kemuka tuntutan palsu RM1 juta ditahan SPRM.
SPRM tahan pengarah agensi penguatkuasaan terima rasuah lindung aktiviti haram
SPRM menahan tiga individu termasuk pengarah agensi penguatkuasaan negeri yang dipercayai terbabit dengan rasuah.
Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - Saksi
Seorang pegawai SPRM berkata beliau diarahkan membuka aduan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6.9 juta daripada sebuah syarikat berhubung projek Jana Wibawa.
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Beliau mengakui budaya ini lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kuat.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.