KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Khamis melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal iaitu sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar.
Hadir melancarkan pelan bertemakan ‘Pemformalan Asas Perniagaan Mampan’ tersebut, Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick.
Ahmad Zahid berkata, pelan tersebut menyediakan langkah intervensi bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan informal dalam memformalkan perniagaan melalui pendekatan proaktif secara berstruktur.
“Ia selaras dengan teras 1 Malaysia MADANI iaitu memperkasa prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan usahawan di Malaysia, sekali gus memberi penumpuan terhadap tatakelola terbaik kepada usahawan, agar bergerak secara efisien serta menyumbang kepada ekonomi negara.
“Selain itu, pelan ini menjadi platform kepada kesedaran dan pengetahuan mendaftarkan perniagaan, perundangan dan penginstitusian, insentif fiskal dan bukan fiskal serta pembangunan kapasiti usahawan serta perlindungan sosial yang diperlukan,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, semalam.
KUSKOP yakin inisiatif dilaksanakan melalui Pelan Pemformalan Usahawan Informal itu berupaya menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia dan seterusnya memangkin pertumbuhan positif prestasi PMKS.
Laporan Survei Guna Tenaga Sektor Informal dan Pekerjaan Informal 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan peningkatan jumlah guna tenaga sektor informal kepada 1.3 juta berbanding 1.26 juta pada tahun 2019.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 955,400 atau 73.4 peratus adalah terdiri daripada individu yang bekerja sendiri atau majikan yang mengusahakan perniagaan bersaiz mikro atau usahawan informal.
Mereka ini berpotensi dibangunkan sebagai perniagaan berdaftar dan dianggarkan menyumbang di antara 2.4 dan 5.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar jika diformalkan.
Sementara itu, Ewon berkata, hakikatnya usahawan informal mempunyai akses terhad untuk mendapatkan bantuan dan fasilitasi perniagaan yang diperlukan, serta mudah terdedah dengan pelbagai risiko dan ancaman krisis ekonomi, sosial dan alam sekitar.
“Ini disebabkan status perniagaan yang tidak berdaftar menjadikan mereka antara kumpulan sasar di bawah perhatian KUSKOP.
“Kita akan memperkasa ekosistem keusahawanan sedia ada untuk menggalakkan pendaftaran perniagaan secara sukarela serta memupuk minda keusahawanan dan potensi pembangunan usahawan informal agar mereka melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan.
“Melalui pelaksanaan enam strategi yang disokong oleh 20 inisiatif, pelan ini juga mendidik usahawan agar lebih beretika dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan operasi perniagaan,” ujarnya.
Ia juga dilihat selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul dan inklusif menjelang tahun 2030.
Pada majlis yang sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan pembiayaan TEKUN Nasional berjumlah RM104,000 kepada 10 orang usahawan TEKUN, termasuk usahawan yang baharu mendaftar perniagaan sebagai salah satu insentif pasca pemformalan.
Haikal Raman
Fri Jul 07 2023
Ahmad Zahid (tengah) hadir pada majlis pelancaran Pelan Pemformalan Usahawan Informal bertemakan 'Pemformalan Asas Perniagaan Mampan' di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.- Foto KUSKOP
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
KUSKOP perkenal pelan tingkatkan pembangunan usahawan informal
Pelan itu menyediakan langkah intervensi bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi usahawan informal dalam memformalkan perniagaan.