awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program

Aizat Sharif
Aizat Sharif
23/09/2013
08:37 MYT
Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program
Kutipan tayangan filem patriotik kontroversi ‘Tanda Putera’ akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan dihasilkan.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam sidang Dewan Rakyat mempersoalkan bahawa adakah filem Tanda Putera ini berdasarkan kisah benar punca peristiwa berdarah 13 Mei.
Beliau juga mempersoalkan, sekiranya kisah tersebut bukan berdasarkan kisah benar, mengapa agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan duit rakyat sebanyak RM4.8 juta digunakan dalam penerbitan filem ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam jawapan balasnya terhadap soalan tersebut menjelaskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam peruntukkan tunai bagi pembikinan filem tersebut.
“Kementerian melalui Program Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam bentuk peruntukkan tunai dan RM700,000 dalam bentuk penggunaan kemudahan produksi,” kata Ahmad Shabery.
Tambahnya lagi, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) pula telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta melalui geran pembangunan kandungan (BCi2) untuk pembikinan filem tersebut.
“Hasil kutipan itu barulah disalurkan semula ke dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan seperti Tanda Putera dihasilkan,” katanya.
Beliau turut menerangkan bahawa filem Tanda Putera yang telah ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos yang lalu adalah sebuah filem kenegaraan yang mengangkat kisah persahabatan dan pengorbanan dua negarawan iaitu, Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.
“Garapan yang menarik serta mengupas dengan jelas kemelut yang terpaksa diharungi kedua tokoh negarawan ini dalam menangani cabaran peristiwa 13 Mei 1969 dan kisah perjuangan mereka ini perlu dijadikan teladan dalam membangunkan Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#13 Mei
#filem
#kutipan
#Tanda Putera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan