MALAYSIA
Kutipan hasil Selangor capai RM2.7 bilion, atasi sasaran awal - MB
Amirudin berkata prestasi cemerlang melepasi sasaran asal itu adalah hasil kerja tersusun yang digerakkan keseluruhan pasukan di pelbagai peringkat negeri. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Selangor mencatat kutipan hasil RM2.7 bilion setakat ini, melepasi sasaran awal tahun RM2.3 bilion.
Ringkasan AI
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata prestasi cemerlang melepasi sasaran asal itu adalah hasil kerja tersusun yang digerakkan keseluruhan pasukan di pelbagai peringkat negeri.
"Alhamdulillah, kita telah melepasi sasaran. Sasaran kita ialah RM2.3 bilion. Dalam Belanjawan (2026) hari itu saya sebut kita boleh sampai RM2.7 bilion, dan hari ini kita dah lepas pun.
"Jadi kita tunggulah sampai 31 Dis nanti kalau dapat hasil yang lebih baik. Kita sudah pasti lebih daripada RM2.7 bilion, tapi saya tak nak sebutlah angkanya sebab ada lagi bayaran-bayaran yang sedang ditunggu untuk urusan tanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Kepada Masjid dan Surau Selangor di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 pada 14 Nov lepas memaklumkan jumlah kutipan hasil negeri telah mencecah RM2.49 bilion setakat 13 Nov 2025 yang merupakan peningkatan lebih 106 peratus berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri yakin jumlah tersebut boleh mencapai lebih RM2.7 bilion pada akhir 2025.
Mengulas mengenai cadangan supaya kerajaan negeri menaikkan jumlah bantuan tunai kepada mangsa banjir, Amirudin berkata fokus kerajaan negeri ketika ini adalah usaha bagi mengelak berlakunya bencana itu dengan memastikan projek tebatan banjir dilaksana dan disiapkan secepat mungkin.
"Apa yang harus dilakukan ialah projek berterusan ataupun melaksanakan secepat mungkin projek-projek tebatan banjir. Apa yang berlaku di Hulu Langat sebagai contoh, itu kerana Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa Dua yang belum siap.
"Apabila saya rujuk masih lagi di peringkat reka bentuk. Reka bentuk ni maknanya belum ada projek on-site lagi. Kalau projek di tapak (on-site) sudah berlaku maknanya boleh dikurangkan (risiko banjir) ataupun boleh diberikan kesan yang lebih lebih baik," katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 20 masjid dan surau di Selangor menerima sumbangan berjumlah RM2.47 juta bagi kerja pembangunan dan penyelenggaraan institusi umat Islam itu.
Amirudin berkata peruntukan kepada 11 masjid dan sembilan surau itu disalurkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Dana Pembinaan dan Penyelenggaraan Masjid dan Institusi Islam Selangor.
Dana itu akan disalurkan untuk membiayai pelbagai keperluan mendesak, termasuk kerja-kerja pembaikan struktur bangunan, penaiktarafan kemudahan sedia ada seperti sistem siar raya, pendingin hawa dan tempat wuduk, katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Selangor mencatat kutipan hasil RM2.7 bilion setakat ini, melepasi sasaran awal RM2.3 bilion.
- Menteri Besar Amirudin Shari menekankan kejayaan mencapai sasaran itu hasil daripada kerja bersungguh-sungguh pasukan negeri.
- Kerajaan negeri fokus pada usaha tebatan banjir bagi mengelak bencana serta salurkan sumbangan RM2.47 juta kepada 20 masjid dan surau Selangor.