awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan meningkat 11 peratus

Bernama
Bernama
11/10/2021
07:05 MYT
Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan meningkat 11 peratus
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata 'MAIWP Healthcare Clinic' akan diwujudkan di Labuan bagi membantu golongan asnaf menerima rawatan perubatan.
LABUAN: Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan mencatat sebanyak RM800 juta tahun lepas, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya, meskipun berdepan pandemik COVID-19.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Nizam Yahya berkata zakat perniagaan menyumbang kutipan tertinggi berbanding zakat pendapatan.
"Ketika pandemik bermula pada awal 2020, kita menjangkakan kutipan zakat akan ada penurunan, namun berlaku sebaliknya.
"Berdasarkan statistik, pada tahun-tahun sebelumnya, peningkatan kutipan zakat adalah pada kadar empat hingga enam peratus, namun tahun lepas peningkatan kutipan begitu ketara," katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Apresiasi Media 2021 di sini malam tadi.
Mohd Nizam berkata MAIWP akan menggunakan 80 peratus daripada jumlah RM1.1 bilion peruntukan sedia ada untuk pelbagai skim bantuan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 2022.
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata 'MAIWP Healthcare Clinic' akan diwujudkan di Labuan bagi membantu golongan asnaf menerima rawatan perubatan.
"Buat masa ini kita ada 22 MAIWP Healthcare Clinic di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kita akan lebarkan kemudahan rawatan ini ke Labuan. Kita akan buat perancangan ke arah itu," katanya.
Pada majlis itu, Mohd Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media di Labuan atas kerjasama dalam pelaporan berita sama ada sebelum dan semasa pandemik COVID-19.
"Banyak program dan skim bantuan MAIWP dilaporkan oleh pengamal media di pelbagai platform, dan ini sekurangnya membantu MAIWP dalam melebarkan lagi skim bantuannya kepada yang layak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zakat
#Wilayah Persekutuan
#zakat perniagaan
#MAIWP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan