awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP ambil langkah waspada kekalkan pertumbuhan, bina semula simpanan ahli

Bernama
Bernama
21/06/2022
06:32 MYT
KWSP ambil langkah waspada kekalkan pertumbuhan, bina semula simpanan ahli
Sebagai salah satu tonggak rangka kerja sosioekonomi dan keselamatan sosial negara, prestasi dana KWSP dan sokongannya terhadap pasaran modal domestik adalah penting kepada kejayaan ekonomi negara. - KWSP
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengambil langkah waspada dalam menangani risiko berkaitan pemulihan pascapandemik serta perbalahan di Ukraine dengan memberi fokus kepada mengekalkan pertumbuhan dan membina semula simpanan ahli.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kebimbangan sekitar inflasi, gangguan rantaian bekalan dan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat berkemungkinan menjejaskan arah aliran positif dalam kedua-dua pasaran ekuiti dan bon.
"KWSP akan terus mengimbangi semula kedudukan dananya dalam saham yang pada asasnya kukuh tetapi dinilai rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata sebagai salah satu tonggak rangka kerja sosioekonomi dan keselamatan sosial negara, prestasi dana KWSP dan sokongannya terhadap pasaran modal domestik adalah penting kepada kejayaan ekonomi negara.
Amir Hamzah berkata bahawa empat kemudahan pengeluaran pandemik - i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas - telah membantu ahli semasa pandemik itu, tetapi memandangkan negara telah memasuki fasa endemik, tumpuan kini perlu disalurkan kepada membantu ahli membina semula simpanan mereka.
"Selain mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan masa depan ahli, KWSP juga perlu memastikan ia dapat mengekalkan prestasinya pada masa hadapan.
"Sebarang pengeluaran tambahan akan memberi impak terhadap kewangan KWSP dan melemahkan kedudukan portfolio semasa dan keupayaannya untuk menjana pulangan yang mampan,"' katanya.
"Kami juga akan terus memastikan kesihatan kewangan dan kepelbagaian portfolio global KWSP berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), agar kami dapat mengatasi ketidaktentuan dalam mencapai objektif portfolio jangka panjang," tambah Amir Hamzah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Amir Hamzah Azizan
#pencarum
#Inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan