MALAYSIA
KWSP catat pendapatan pelaburan RM63.99 bilion, naik 11% dalam tempoh sembilan bulan
Ahmad Zulqarnain berkata pertumbuhan pendapatan pelaburan dan aset di bawah pengurusan adalah hasil pelaksanaan alokasi aset strategik. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Ringkasan AI
Bagi suku ketiga sahaja, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan berjumlah RM25.07 bilion, lonjakan 27 peratus daripada RM19.67 bilion yang dicatatkan pada suku ketiga 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata pencapaian ini didorong oleh pelaksanaan strategi alokasi aset yang berkesan, membolehkan KWSP memanfaatkan pemulihan pasaran ekuiti selepas peristiwa “Liberation Day”.
“KWSP kekal yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia, yang mewakili 61 peratus daripada portfolio pelaburan kami.
"Pada masa sama, strategi pelaburan global turut menyumbang 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, beliau turut mengingatkan bahawa KWSP akan terus berhati-hati memasuki suku keempat, memandangkan penilaian pasaran ekuiti global yang semakin tinggi serta petunjuk ekonomi antarabangsa yang tidak konsisten boleh menjejaskan kadar penurunan faedah.
Sepanjang suku ketiga, ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan RM16.95 bilion atau 68 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.
Instrumen pendapatan tetap menyumbang RM6.75 bilion (27 peratus), hartanah dan infrastruktur RM1.14 bilion (empat peratus), manakala instrumen pasaran wang menyumbang RM230 juta (satu peratus).
Daripada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan suku ketiga, RM20.48 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional dan RM4.59 bilion untuk Simpanan Shariah.
Sehingga 30 September 2025, jumlah aset pelaburan KWSP meningkat 12 peratus kepada RM1.37 trilion.
Pelaburan antarabangsa merangkumi 39 peratus daripada jumlah aset dan menyumbang RM13.33 bilion atau 53 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tersebut.
Ringkasan AI
- KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11% berbanding tahun sebelumnya.
- Pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2025 mencapai RM25.07 bilion, meningkat 27% berbanding suku ketiga tahun sebelumnya.
- Meskipun mencatatkan pertumbuhan positif, KWSP berhati-hati memasuki suku keempat disebabkan penilaian pasaran ekuiti global yang tinggi dan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa.