awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP disenarai majikan agensi kerajaan terbaik

Bernama
Bernama
21/12/2012
14:39 MYT
KWSP disenarai majikan agensi kerajaan terbaik
KWSP dinobat sebagai agensi kerajaan terbaik
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenarai antara 50 Majikan Pilihan Utama di Malaysia dalam satu kajian di Karnival Kerjaya dan Lepasan Ijazah Graduan Aspire 2012.
KWSP merupakan agensi kerajaan yang menduduki tempat tertinggi dalam senarai itu.
"KWSP berbangga dengan pengiktirafan ini yang membuktikan komitmennya dalam menyediakan ruang dan kemudahan untuk kesejahteraan dan masa depan kerjaya kakitangannya," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan Jumaat.
Karnival dua hari itu, yang bermula pada 29 Jun lepas, diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kira-Kira 14,301 pengunjung menamakan majikan pilihan utama mereka di Malaysia, yang menyaksikan 50 organisasi dengan undian tertinggi diiktiraf sebagai penerima Anugerah Jenama Graduan 2012.
Kebanyakan graduan dan golongan profesional memilih syarikat yang beroperasi dalam industri kewangan, perakaunan dan perundingan serta minyak dan gas sebagai majikan pilihan utama mereka.
Antara faktor yang mempengaruhi keputusan responden ialah faedah kewangan, skop kerja, peluang kerjaya dalam organisasi, jenama dan budaya syarikat serta lokasi organisasi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Karnival Kerjaya
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan