awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP hadkan jumlah caruman RM60 ribu

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2012
22:35 MYT
KWSP hadkan jumlah caruman RM60 ribu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Khamis mengingatkan ahli bahawa mulai 1 Januari 2013 semua caruman sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan dikenakan had maksimum RM60,000 setahun.
"Sebagai dana simpanan persaraan, objektif KWSP adalah untuk menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan ahli.
"KWSP percaya caruman sebanyak RM60,000 setahun dan kesan pengkompaunan dividen dalam jangka panjang adalah mencukupi untuk menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan ahli KWSP," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Encik Nik Affendi Jaafar.
Caruman sukarela dan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diperkenalkan sebagai satu inisiatif untuk memastikan golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap bulanan mempunyai perancangan simpanan untuk persaraan.
Pencarum sukarela tersebut boleh mencarum serendah RM50 sebulan hingga maksimum RM60,000 setahun.
Nik Affendi berkata, "Sekiranya mereka ingin menyimpan lebih untuk persaraan, mereka boleh memilih saluran pelaburan lain yang sedia ada dalam pasaran."
Golongan yang termasuk dalam caruman sukarela dan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ialah pekerja bebas (freelance), artis, ejen pemasaran pelbagai tingkat (MLM), ejen insurans, penjaja, pemandu teksi dan juga suri rumah.
Caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
Kedua-dua borang tersebut boleh didapati di cawangan KWSP yang terdekat atau boleh dimuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my http://www.kwsp.gov.my/.
Untuk maklumat lanjut, pencarum boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau layari laman web myEPF.
Topic Berkaitan
#KWSP
#persaraan
#Skim Simpanan 1Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan