KUALA LUMPUR:Isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 dan pelanjutan moratorium adalah perkara berkaitan dasar dan boleh diumumkan kerajaan pada bila-bila masa, kata seorang Ahli Parlimen.
Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) berkata justeru tindakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 oleh beberapa ahli Parlimen dengan menuntut kerajaan membuat pindaan terhadap dua perkara itu adalah agak “janggal”.
“Mungkin saya sedikit berbeza dengan ahli Parlimen lain yang lebih senior tetapi meletakkan syarat sokongan untuk belanjawan ini supaya kerajaan umumkan polisi segera dalam isu KWSP dan moratorium, saya kira ini satu syarat yang agak janggal.
“Saya minta kerajaan buat pertimbangan kerana saya bimbang syarat ini nanti jadi syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka ketika Sultan Melaka mahu meminangnya dengan meletakkan tujuh syarat sedangkan ia bukan tujuan pinangan diterima sebaliknya isyarat pinangan ditolak,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Fadhli berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai cadangan tersebut harus diumumkan segera.
“Isu KWSP yang mana seseorang yang terkesan boleh mohon RM500 sebulan ini perlukan justifikasi sebab kita perlu pertimbangkan ‘survival’ bukan sahaja hari ini dan esok bahkan masa depan rakyat dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu.
“Menteri (Kewangan) sebelum ini menyatakan 32 peratus daripada jumlah pencarum KWSP punyai baki RM1,000 dalam akaun 1 manakala 10 peratus baki akaun mereka RM5,000… di sini kerajaan masih ada ruang untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan ahli Parlimen berbalik kepada prinsip ‘ini bukan masa kita habiskan semua simpanan’,” katanya.
Ahmad Fadhli juga mahu pelanjutan moratorium dilaksanakan tetapi dilakukan secara bersasar dan permohonan juga dipermudahkan.
“Jika moratorium secara automatik kita tidak lihat keberkesanan bantuan ini kepada golongan sasaran yang sepatutnya, lalu menyebabkan ketirisan bantuan dan pembaziran sumber yang ada… walaupun kita yakin ramai perlukan moratorium tetapi saya yakin bahawa ada lagi yang tidak perlukan moratorium kerana data yang ada pada kerajaan, ada juga yang menolak kerana hujah mereka bahawa mereka tetap bayar kepada bank,” katanya.
Sementara itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) turut menyokong cadangan membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan caruman RM500 sebulan selama 12 bulan, tetapi mencadangkan kadar pengeluaran dinaikkan hingga ke RM10,000.
"Kita di dalam dewan ini melalui kehidupan yang berbeza dengan mereka tetapi sedarlah rakyat sedang menderita, usahlah berbicara mengenai puluhan ribu ringgit, barangkali puluhan ringgit pun mereka sukar untuk peroleh dalam suasana sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

AHMAD FADHLI: Isu KWSP yang mana seseorang yang terkesan boleh mohon RM500 sebulan ini perlukan justifikasi sebab kita perlu pertimbangkan survival. - Gambar hiasan

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Atasi isu hartanah tidak terjual, elak beban ekonomi negara - Pakar
Penganalisis hartanah berkata isu lambakan hartanah tidak terjual berlaku sejak 2016, merentasi pelbagai kategori hartanah.

Dewan Rakyat: KWSP catat keuntungan RM46 juta hasil jualan enam aset runcit
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya memperoleh keuntungan RM46 juta hasil jualan enam aset runcitnya di Lembah Klang dan Johor.

Lebih 150,000 mohon pinjaman melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP
KWSP dalam satu kenyataan berkata FSA 2 dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan BSN.

Kementerian Sumber Manusia belum terima laporan kebakaran bangunan KWSP
Pada Isnin, bangunan lama Kumpulan KWSP sekali lagi terbakar selepas kejadian pertama pada Februari 2018.

KWSP, Pacific kerjasama dengan PBT, bomba kenal pasti punca kebakaran bangunan lama KWSP
KWSP bersama Pacific sedang bekerjasama dengan PBT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengenal pasti punca kebakaran bangunan lama KWSP.

Bangunan KWSP terbakar lagi
Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, sekali lagi terbakar pada Isnin.

KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM
Sasaran itu seiring dengan matlamatnya yang bertujuan membantu pencarumnya.

PM kekal pendirian tak benar pengeluaran KWSP, yakin akan dipolitik pada PRN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP
Ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara yang siap dibina pada Jun tahun lalu menempatkan lebih 2,200 kakitangan.

Hanya 56 peratus pekerja ada perlindungan KWSP, Skim Pencen Perkhidmatan Awam
Kadar itu adalah rendah berbanding kadar purata liputan global yang berada di 68 peratus.