KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menerap mekanisme 'gaji kehidupan wajar' dengan tahap gaji yang bersesuaian bagi membolehkan pekerja membina simpanan persaraan yang mencukupi, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata isu utama yang menyebabkan simpanan persaraan yang tidak mencukupi kerana gaji di negara ini yang tidak meningkat dengan sewajarnya.
"Untuk menangani perkara ini, KWSP sedang berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan mempengaruhi penggubal dasar bagi melaksanakan mekanisme yang lebih dinamik yang boleh meningkatkan gaji dengan berkesan," katanya pada sidang media seminar dan mesyuarat lembaga pengarah Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40 hari ini.
Amir Hamzah juga menekankan galakan daripada KWSP kepada ahli untuk mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan simpanan persaraan mereka.
"Kadar caruman (KWSP) adalah memadai untuk sektor formal. Kami mempunyai 11 hingga 13 peratus caruman daripada majikan dan 11 peratus daripada pekerja.
"KWSP juga menawarkan rangkaian produk yang membolehkan ahli menambah simpanan secara sukarela dengan menaikkan kadar caruman atau membuat caruman tambah nilai apabila mereka mempunyai pendapatan tambahan. Tindakan ini boleh mempercepatkan pertumbuhan simpanan mereka," katanya.
Amir Hamzah berkata KWSP juga perlu mengisytiharkan dividen yang menarik bagi membantu ahli mengumpul simpanan persaraan yang mencukupi.
"Untuk mengisytiharkan dividen (menarik), KWSP mesti memastikan pulangan yang kukuh dan pengurusan dana yang berkesan supaya pulangan itu mencukupi untuk ahli kami mengembangkan simpanan (persaraan) mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata isu utama yang menyebabkan simpanan persaraan yang tidak mencukupi kerana gaji di negara ini yang tidak meningkat dengan sewajarnya. - Gambar fail/Bernama

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerjasama utuh mengukuhkan sistem perlindungan sosial peringkat ASEAN
ASEAN Social Security Association (ASSA) terus memainkan peranan penting dalam memperkuatkan sistem perlindungan sosial dalam kalangan negara-negara anggota menerusi kerjasama bersama ISSA.

LKAN 2022: UiTM Holdings, Kwasa Land, CSB Land capai tahap kewangan kurang stabil
UiTM Holdings Sdn Bhd mencapai nilai tadbir urus korporat kurang memuaskan, Kwasa Land Sdn Bhd dan CSB Land Sdn Bhd, di tahap memuaskan.

MSN teliti pelaksanaan caruman KWSP, Perkeso untuk atlet
MSN sedang meneliti pelaksanaan caruman seperti KWSP dan Perkeso untuk semua atlet negara bermula Januari tahun depan.

6.3 juta ahli KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000
Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang direkodkan pada April 2020, iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan.

KWSP saran mekanisme 'gaji kehidupan wajar' tingkat simpanan persaraan
Malaysia perlu menerap mekanisme 'gaji kehidupan wajar' dengan tahap gaji bersesuaian bagi membolehkan pekerja membina simpanan persaraan yang mencukupi.

Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim
Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023.

KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.

PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion
PNB, KWSP dan KWAP telah memeterai perjanjian transaksi jualan dan pajakan balik bernilai RM2 bilion dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd bagi kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah.

KWSP cawangan Nilai kembali beroperasi bermula 24 Okt
Cawangan KWSP di Nilai beroperasi semula setelah kerja-kerja pembersihan struktur di atas bangunan cawangan berkenaan selesai dijalankan.

Akaun Fleksibel KWSP bakal bantu pencarum imbangi keperluan
Akaun Fleksibel KWSP bakal bantu pencarum imbangi keperluan