SPORTS
La Liga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid

Aksi Marcos Llorente meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Atletico Madrid di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 4 Feb 2024. (Foto AP)
REAL Madrid terlepas peluang untuk mendahului puncak La Liga dengan kelebihan empat mata selepas dibolosi gol penyamaan pada masa kecederaan ketika berdepan Atletico.
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang atas keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad dengan melanjutkan kelebihannya di puncak liga.
Bagaimanapun, Marcos Llorente menghukum pasukan tuan rumah yang leka di penghujung permainan apabila menanduk masuk bola melepas gawang mengatasi penjaga gol, Andriy Lunin.
Keputusan itu menjadikan Real dua mata di depan Girona, yang bertandang ke Bernabeu untuk pertembungan hebat di puncak jadual hujung minggu depan.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami