MALAYSIA
La Primeur tarik pelanggan dengan hidangan pelbagai, langganan Astro BizOne
La Primeur bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan dewasa, malah sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Sejak mula beroperasi pada tahun 2006, Restoran La Primeur terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman dengan lapan cawangan aktif di sekitar Johor Bahru.
Terbaharu, restoran ini telah dipilih sebagai salah seorang pemenang kempen Astro BizOne Rewards, sekali gus membuka peluang untuk memperluaskan jenama kepada pencinta makanan melalui liputan khas di Astro AWANI.
Menurut pemiliknya, Jack Chong, La Primeur bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan dewasa, malah sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.
Beliau menekankan bahawa layanan mesra daripada kakitangan merupakan kelebihan utama restoran ini.
“Kami sama seperti restoran lain, tetapi suasana kami lebih mesra. Pekerja sentiasa mengambil berat tentang perasaan pelanggan dan kami sentiasa menambah baik perkhidmatan berdasarkan maklum balas mereka,” katanya ketika ditemui di restoran tersebut.
La Primeur turut dikenali dengan kepelbagaian menu yang merangkumi masakan Cina, Barat dan tempatan.
Antara hidangan popular termasuk lamb cutlets, mee goreng, dan kaki ayam.
Chong turut berkongsi bahawa langganan Astro BizOne memainkan peranan penting dalam menarik dan mengekalkan pelanggan.
Restoran ini dilengkapi televisyen beresolusi tinggi yang menyiarkan pelbagai siaran langsung, termasuk perlawanan sukan.
“Ramai pelanggan datang semata-mata untuk menonton siaran langsung melalui Astro. Ada yang singgah secara tidak sengaja, kemudian menjadi pelanggan tetap. Reaksi mereka sangat positif,” ujarnya.
Beliau turut menggalakkan pemilik restoran lain agar mempertimbangkan langganan Astro BizOne sebagai strategi menarik pelanggan.
“Sudah tentu saya syorkan. Jika ada rakan mahu buka restoran atau kafe, saya pasti cadangkan mereka gunakan Astro BizOne,” tambahnya.
Kempen Astro BizOne Rewards menawarkan ganjaran promosi kepada pengusaha F&B yang melanggan pakej Astro BizOne.
Penyertaan masih dibuka sehingga 17 Oktober, dan pemilik perniagaan digalakkan untuk merebut peluang ini bagi meningkatkan capaian jenama mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web biz.astro.com.my.