MALAYSIA
Labuan berpotensi jadi hab serantau hasil kejayaan Borneo Flora Festival 2025 - Dr Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (dua, kiri) menyampaikan sijil penghargaan rakan strategik kepada wakil penerima pada Majlis Apresiasi Borneo Flora Festival@ Labuan 2025. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Labuan berpotensi besar menjadi hab tumpuan serantau dalam perdagangan, pelancongan, budaya dan kerjasama rentas negara, didorong oleh kejayaan penganjuran Festival Flora Borneo (BFF) 2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata festival berkenaan mencatat lebih 120,000 pengunjung serta pulangan ekonomi berganda melebihi RM35 juta kepada rakyat pulau itu.
Beliau berkata jumlah pengunjung itu jauh mengatasi sasaran awal 50,000 orang yang menyaksikan kehadiran pelawat antarabangsa seperti dari Filipina, Brunei, Indonesia, Timor Leste, China dan India.
"Acara berskala besar ini memberi limpahan ekonomi yang ketara kepada rakyat Labuan melalui perbelanjaan langsung hampir RM22 juta dan pengganda nilai tambah melebihi RM35 juta.
"Selain itu, ia mendorong penambahbaikan fasiliti asas seperti jalan raya, landskap, kemudahan awam dan pencahayaan," katanya pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik BFF 2025 di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Haslina Abdul Hamid, Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud, wakil agensi kerajaan, rakan strategik dan media.
Mengulas hala tuju Labuan, Dr Zaliha berkata cabaran seperti kapasiti penginapan yang terhad dan isu kesalinghubungan perlu dilihat sebagai peluang untuk menarik pelabur, memperkasakan usahawan tempatan dan mengukuhkan kerjasama awam swasta bagi meningkatkan kemudahan serta jaringan pengangkutan.
Kedudukan strategik Labuan di tengah-tengah kepulauan Borneo yang menghubungkannya dengan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan sekali gus menawarkan akses kepada lebih 20 juta penduduk di rantau itu.
"Pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur membuka peluang besar untuk Labuan menjadi destinasi persinggahan utama, pusat logistik dan hab acara antarabangsa yang menghubungkan IKN dengan pasaran dan pelancong dari seluruh rantau," katanya.
Dr Zaliha berkata kejayaan BFF perlu dijadikan pemangkin kepada penganjuran acara seterusnya seperti Borneo Arts Festival dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mempromosikan Labuan pada peringkat serantau dan antarabangsa.
BFF 2025 berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dari 26 hingga 30 Julai lepas.
-- BERNAMA