awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030

Bernama
Bernama
14/01/2025
15:16 MYT
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pelan tindakan itu sedang dirangka oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dijangka siap April tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
LABUAN: Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pelan tindakan itu sedang dirangka oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dijangka siap April tahun ini.
"Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030," katanya kepada Bernama semasa mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Labuan hari ini.
Dr Zaliha berkata inisiatif itu adalah kerjasama yang diketuai oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan (LC) melibatkan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Pelancongan LC serta pelbagai pemain industri.
Beliau berkata dalam mesyuarat bersama pegawai dari JWP dan LC pada Isnin lepas, perbincangan tertumpu kepada insfrastruktur penting dan penambahbaikan perkhidmatan untuk menyokong objektif pelancongan pulau itu.
"Hala tuju sektor pelancongan Labuan adalah topik utama perbincangan kami," katanya.
Beliau turut mengakui bahawa walaupun banyak pelan telah dirangka, banyak cabaran perlu diatasi untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan ekonomi pulau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Labuan
#Pelan Tindakan Pelancongan 2025
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan