awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Labuan masih bergantung kepada Sabah selepas dasar kabotaj dimansuhkan

Bernama
Bernama
09/05/2017
05:06 MYT
Labuan masih bergantung kepada Sabah selepas dasar kabotaj dimansuhkan
Pemansuhan dasar kabotaj yang dilaksanakan selama lebih 30 tahun, dijangka memberi manfaat ekonomi yang besar kepada pulau bebas cukai ini, terutama pengguna dan pedagang di sini.
Pemansuhan dasar kabotaj yang dilaksanakan selama lebih 30 tahun, dijangka memberi manfaat ekonomi yang besar kepada pulau bebas cukai ini, terutama pengguna dan pedagang di sini.
Ini disebabkan pulau ini bergantung besar ke atas barangan makanan import sejak berdekad lamanya dari tanah besar Sabah.
Presiden Dewan Usahawan Melayu Sabah Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman berkata harga barangan perlu, termasuk bahan pembinaan, secara tradisinya ditetapkan oleh pengilang, pemborong dan pengimport dari tanah besar.
"Sama ada pemansuhan dasar kabotaj itu, bermula 1 Jun, akan memberi manfaat kepada pulau ini, masih bergantung kepada peniaga dari tanah besar yang menentukan harga barangan.
"Seperti yang dilaporkan, harga barangan di Sabah secara relatifnya kira-kira 20 hingga 30 peratus lebih tinggi, berbanding di Semenanjung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alias berkata pada tahun 1980-an, pulau bebas cukai itu merupakan syurga membeli-belah bagi barangan elektrik jenama terkemuka, pakaian, fabrik, kamera, kasut dan lain-lain yang dijual lebih murah berbanding tempat lain, sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung serta jualan.
Keistimewaan itu tidak lagi dinikmati selepas pulau itu tidak lagi menerima penghantaran barangan secara langsung disebabkan jumlah kargo yang kecil.
Alias juga berkata Labuan Liberty Port hanya meraih manfaat pemansuhan dasar kabotaj jika terdapat jumlah kargo yang besar untuk dihantar ke pulau ini.
"Bagi kami, untuk lebih sedekad pelabuhan ini mengendalikan hampir 90 peratus bahan, produk kimia untuk sektor minyak dan gas dan hanya lima hingga 10 peratus barangan makanan.
"Oleh itu, perlu ada jumlah kargo yang besar (barangan pengguna) yang dihantar ke pulau ini.
"Pada masa ini Labuan bergantung besar kepada tanah besar Sabah untuk pelbagai sumber memandangkan ia (Labuan) sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa, tidak mempunyai kilang makanan utama seperti beras dan gula untuk aktiviti eksport," katanya.
Oleh itu beliau berkata pemansuhan dasar kabotaj hanya memberi manfaat jika pedagang dan pengeksport semula di Sabah menurunkan harga barangan memandangkan harga penghantaran kontena atau kargo turun pada kadar yang besar.
Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pemansuhan dasar kabotaj ke atas Sabah, Sarawak dan Labuan, mulai 1 Jun, 2017.
Dasar kabotaj diperkenalkan pada 1 Jan, 1980 dengan matlamat melindungi dan mempromosikan industri pemilikan kapal nasional.
Menerusi dasar itu, hanya kapal yang berdaftar di Malaysia dibenarkan memunggah dan memuatkan kargo di semua pelabuhan dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kabotaj
#Labuan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan