MALAYSIA
Labuan perkasa masyarakat tanpa tunai dan internet selamat di Festival Flora Borneo 2025
Pelancaran yang berlangsung di reruai MCMC itu memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mempercepatkan transformasi digital sambil memupuk budaya penggunaan internet secara selamat. - Gambar Bernama
LABUAN: Usaha membentuk masyarakat celik dan selamat digital menjadi tumpuan utama di Festival Flora Borneo 2025 hari ini menerusi pelancaran inisiatif Masyarakat Tanpa Tunai dan Kempen Internet Selamat yang bertujuan meningkatkan literasi digital serta memperkukuh keselamatan dalam talian di pulau bebas cukai ini.
Pelancaran yang berlangsung di reruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mempercepatkan transformasi digital sambil memupuk budaya penggunaan internet secara selamat dalam kalangan semua lapisan masyarakat.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Faisal Hamdi Mohammed Ghouth berkata kedua-dua inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada program Smart Labuan dan Rangka Kerja Keselamatan Dalam Talian Kebangsaan (NOSF).
"Inisiatif Masyarakat Tanpa Tunai bertujuan meningkatkan kesedaran, penerimaan dan keyakinan orang awam terhadap pembayaran digital, khususnya dalam kalangan peruncit dan peniaga," katanya.
Faisal berkata disokong oleh agensi kerajaan, institusi kewangan serta penyedia perkhidmatan digital, inisiatif itu selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan 2022-2026 yang menyasarkan 400 transaksi tanpa tunai per kapita menjelang 2026.
Sementara itu, beliau berkata Kempen Internet Selamat merupakan inisiatif peringkat nasional yang direka untuk meningkatkan daya tahan digital terhadap ancaman seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian digital dan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM).
"Kempen ini turut menyokong agenda keselamatan siber negara dengan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan awam dalam menghadapi risiko dalam talian yang semakin kompleks," katanya.
-- BERNAMA