awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit

Aida Aziz
Aida Aziz
10/01/2024
22:45 MYT
Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit
Sebuah ladang ternakan ayam diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak kerana disyaki menyimpan gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit, di Tapah, kelmarin. - Foto KPDN Perak
TAPAH: Sebuah ladang ternakan ayam diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak kerana disyaki menyimpan gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit, di sini kelmarin.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pada Selasa jam 8.30 pagi, pegawai dan penguat kuasa KPDN Perak melakukan operasi pemeriksaan barang kawalan di kawasan tersebut.
Katanya, operasi itu adalah hasil risikan dan pemantauan oleh penguat kuasa KPDN selama dua minggu berhubung aktiviti pengedaran LPG di kawasan ladang berkenaan.
"Ketika pemeriksaan dilakukan, ditemukan sejumlah tong LPG disimpan di tempat khas di berhampiran kawasan ladang.
"Seorang lelaki berumur 45 tahun yang mengaku sebagai kerani ladang memaklumkan LPG itu adalah untuk kegunaan ladang bagi proses memanaskan anak ayam.
"Pihak ladang gagal mengemukakan sebarang permit penyimpan barang kawalan apabila diminta.
"Sehubungan itu, KPDN telah menyita sebanyak 84 tong berisi gas LPG berjenama dan 97 tong kosong berjenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM20,334.40," katanya pada Rabu.
Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan kerana memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual (LPG) tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa.
Selain itu katanya, siasatan lanjut juga akan dikenakan ke atas syarikat pemborong barang kawalan LPG kerana kesalahan menjual barang kawalan kepada orang yang tidak mempunyai lesen atau permit barang kawalan.
"Pengusaha ladang juga dinasihatkan menggunakan LPG komersil dan industri untuk perniagaan dan bukan LPG bersubsidi kerana gas ini hanya untuk kegunaan isi rumah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#LPG
#permit
#ladang ayam diserbu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan