MALAYSIA
Ladang babi: PM Anwar saran projek dibatalkan, ambil kira pandangan rakyat
Anwar melambai kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin Seksyen 8 di sini hari ini.
BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan projek penternakan babi secara berpusat dan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor, dibatalkan dan dipertimbang untuk dipindahkan ke lokasi lain.
Anwar berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama pimpinan negeri supaya pandangan rakyat dan teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengenai isu berkenaan diambil kira.
“Kalau boleh, projek dicadangkan ini dibatalkan terlebih dahulu dan dipertimbangkan lokasi lain yang lebih sesuai... dengan syarat teknologi yang digunakan benar-benar terjamin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin Seksyen 8 di sini hari ini.
Menurut Anwar kontroversi tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri walaupun terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.
Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menggunakan teknologi yang terbaik namun tegasnya lokasi turut memainkan peranan yang penting.
“Walaupun teknologi itu terbaik, tapi di kawasan yang menimbul keresahan itu juga tidak wajar diteruskan,” katanya.
Anwar berkata antara cadangan yang dikemukakan ialah meneruskan projek di lokasi sama, tertakluk kepada penggunaan teknologi lebih baik serta syarat yang ketat.
Tambahnya, ladang ternakan ayam dan khinzir kerap melibatkan masalah pencemaran yang sangat berat sebelum ini, seperti yang berlaku di Morib.
“Kita tidak boleh pandang ringan dan menganggap perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah,” katanya lagi.
Terdahulu, Amirudin berkata kerajaan negeri masih belum mengenal pasti lokasi alternatif bagi menggantikan Bukit Tagar sebagai tapak baharu pemindahan ladang ternakan babi berpusat di negeri itu.
Pada 17 Jan, sebanyak 37 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam membantah sekeras-kerasnya projek pembinaan ladang penternakan babi di kawasan Bukit Tagar.