NATIONAL
Lafaz ikrar Rukun Negara di Persidangan DUN Perak bermula tahun ini
Jenny Choi (tengah) menunjukkan teks sidang akhbar mengenai perjalanan Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa. -Sinar Harian
IPOH: Buat kali pertama ikrar Rukun Negara akan dilafaz pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mulai tahun ini dan bakal bermula pada persidangan yang akan berlangsung pada 15 hingga 22 April.
Ringkasan AI
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Jenny Choy Tsi Jen berkata lafaz ikrar itu akan dilaksanakan pada hari pertama bagi setiap persidangan.
"Bagaimanapun bagi Mesyuarat Pertama, lafaz ikrar itu akan dibuat pada Persidangan Kedua iaitu pada 16 April (Rabu) sebaik selepas bacaan doa dan akan diketuai oleh Setiausaha Dewan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Dewan Negeri Mohd Ikram Ahmad.
Jenny berkata pada persidangan yang berlangsung selama enam hari itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan berangkat pada istiadat pembukaan rasmi yang dijadual berlangsung pada 15 April dan akan menzahirkan Titah Diraja.
Beliau berkata seperti kelaziman, sepanjang persidangan berkenaan sesi soalan lisan akan berlangsung selama sejam.
"Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan akan dibawa dan dibentangkan oleh Menteri Besar pada 16 April.
"Seramai 45 Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri akan diberikan peluang untuk berbahas berkaitan usul berkenaan," katanya.
Tempoh masa perbahasan kepada penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 45 minit bagi setiap seorang manakala tempoh masa perbahasan setiap pembahas yang lain selama 20 minit.
Beliau turut memaklumkan, sesi penggulungan oleh 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) mengikut portfolio masing-masing dijadual berlangsung pada 21 dan 22 April, mereka diberikan tempoh 45 minit setiap seorang.
"Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menggulung perbahasan pada 22 April dan dijangka berlangsung dalam tempoh 90 minit," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ikrar Rukun Negara akan dilafaz pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mulai tahun ini, bermula pada persidangan 15 hingga 22 April.
- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan berangkat pada istiadat pembukaan rasmi pada 15 April, dan sesi soalan lisan akan berlangsung selama sejam setiap hari.
- Sesi penggulungan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dijadual berlangsung pada 21 dan 22 April, dengan tempoh masa perbahasan yang ditetapkan untuk setiap pembahas.